• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tahan Pengedar, Rampas Syabu, Heroin, Ganja

oleh AK-47
09/01/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KULAI – Polis menahan dua lelaki dipercayai pengedar dadah serta merampas pelbagai jenis dadah anggaran berat kasar 104.94 gram bernilai RM3,580 dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Sepakat Baru dekat Senai, semalam.

Ketua Polis Daerah Kulai Supt Dzulkhairi Mukhtar berkata kedua-dua suspek berusia 18 dan 22 tahun itu ditahan ketika berada di anjung rumah berkenaan dalam serbuan kira-kira 11.15 pagi hasil risikan pasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik daerah Kulai.

“Pemeriksaan terhadap suspek pertama menemukan satu paket plastik disyaki dadah jenis ganja dengan anggaran berat kasar 0.85 gram di dalam poket seluar manakala polis tidak menemukan sebarang dadah pada suspek kedua berusia 22 tahun itu,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Daerah Kulai, di sini hari ini.

​​​​​Bagaimanapun, katanya, p​emeriksaan di dalam rumah menemukan 154 paket plastik berisi bahan serbuk dan butiran disyaki dadah jenis Heroin seberat 102.58 gram serta satu paket bahan hablur disyaki syabu seberat 1.51 gram di dalam sebuah beg galas.

Dzulkhairi berkata dadah yang dirampas dipercayai untuk kegunaan 200 orang untuk diedar di sekitar Kulai dan di luar daerah itu.

Ujian saringan air kencing turut mendapat suspek berusia 18 tahun positif dadah jenis Tetrahydrocannabinol (THC).

Kedua-dua suspek yang bekerja sebagai buruh ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini hingga Isnin depan, katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Tags: ganjaheroinSyabu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PGA Rampas 10.4 Kg Bunga Ganja Bernilai RM374,000

PGA Rampas 10.4 Kg Bunga Ganja Bernilai RM374,000

16/12/2025
0

PASIR MAS: Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 9 Briged Tenggara berjaya menahan seorang lelaki warga tempatan berketurunan Cina dan merampas...

Polis Serbu Makmal Heroin, Dua Ditahan Termasuk ‘Ahli Kimia’

Polis Serbu Makmal Heroin, Dua Ditahan Termasuk ‘Ahli Kimia’

23/11/2025
0

Bukit Mertajam: Polis menyerbu makmal pemprosesan heroin dengan menahan dua lelaki yang salah seorang daripadanya berperanan sebagai ahli kimia dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd