• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tabung Sitizoner Simbol Apresiasi Buat Peminat

oleh AK-47
22/01/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI kesayangan nusantara, Datuk Seri Siti Nurhaliza melancarkan penubuhan tabung kebajikan Sitizoner sempena ulang tahun ke-14 kelab peminatnya.

Tujuan utama tabung tersebut diwujudkan adalah untuk membantu ahli kelab peminatnya yang ditimpa musibah atau kesusahan, kata Siti, 39.

“Tabung ini dilancarkan pada hari ini sempena ulang tahun kelab peminat saya, Sitizoner. Penubuhan tabung itu bertujuan untuk membantu ahli kelab yang ditimpa musibah atau kesusahan.

“Insya-Allah ia akan berterusan setiap tahun. Tapi terpulang pada individu yang ingin menderma pada bila-bila masa.

“Saya dah anggap semua peminat seperti keluarga dan mereka harta saya. Hasil kutipan adalah sebahagian daripada bayaran yang dikenakan untuk hadir pada majlis hari ini,” kata Siti kepada mStar Online.

Siti berkata demikian ketika majlis ulang tahun Sitizoner yang ke-14 di Bizmilla Insya Hall, Kompleks Metro Pudu, Kuala Lumpur pada Ahad.

Majlis itu turut menyaksikan empat orang peminat yang menerima sumbangan iaitu Irham Hafidz, keluarga Allahyarham Darjadi Duprayitno Dapat dari Indonesia, Shaihanim Shariff dan dari Singapura zarina Omar atau dikenali sebagai Che Puteh.

Bagaimanapun, Siti turut menerangkan bahawa tabung itu sebenarnya sudah lama ada, cuma aktivitinya hanya giat dijalankan di akaun Facebook Sitizoner.

Ulang tahun kelab peminat Siti itu dihadiri lebih 300 orang termasuk dari Singapura, Brunei dan Indonesia. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Datuk Seri Siti Nurhaliza
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Siti Nurhaliza Paling Ramai Pengikut IG Di Malaysia

31/01/2019
0

HEBAT... Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin kini menjadi individu dengan jumlah pengikut Instagram terbanyak di Malaysia....

Siti Rai Ulang Tahun Ke-40 Dengan Konsert 4 Negara

11/01/2019
0

HEBAT... Ratu Pop Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin menyambut hari kelahirannya yang genap ke-40 pada hari ini. Penyanyi yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd