• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suri Rumah Syukur Bayi Jadi Penerima Awal ADAM50

oleh Ahmad Albab
01/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Seorang suri rumah menzahirkan rasa syukur apabila bayinya menjadi antara penerima terawal insentif Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50).

Norhabsah Darman, 28, yang melahirkan bayi lelaki dan merupakan anak keduanya sejurus selepas 12 tengah malam tadi di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini, menyifatkannya ia sebagai rezeki anaknya.

“Saya rasa bersyukur… insentif ini sedikit sebanyak dapat memupuk amalan menabung bermula dari awal selain memberi kesedaran tentang kepentingan amalan menabung ini kepada ibu bapa,” katanya yang ditemui pemberita pada majlis penyampaian ADAM50 oleh Timbalan Presiden dan Ketua Operasi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) Datuk Idris Kechot di HSA hari ini.

Bayi lelaki yang dicadang diberi nama Muhammad Harraz Ruzain Mohd Zainol Ali itu merupakan antara 10 bayi Tahun Baharu 2018 di HSA yang menjadi penerima awal ADAM50.

Bagi jururawat Masitah Othman, 39, yang melahirkan bayi lelaki kira-kira 6.30 pagi tadi, insentif tersebut dapat memupuk semangat serta disiplin dalam kalangan ibu bapa untuk menabung.

“Insentif ini dapat menjadi pembakar semangat kepada saya dan suami untuk terus berdisiplin dalam menabung secara konsisten untuk masa depan anak-anak,” katanya.

Sementara itu, di Hospital Shah Alam, Selangor, dua bayi lelaki dan tiga bayi perempuan Tahun Baharu 2018 yang dilahirkan antara 12.45 tengah malam sehingga 7.15 pagi ini turut menerima ADAM50 yang disampaikan Naib Presiden Jabatan Jualan dan Pengurusan Saluran ASNB, Mohd Yazid Jali dan Pengarah HSA Datin Dr Hasni Hanapi.

Wan Ruzana Saarani,25, berkata insentif diberikan kerajaan menerusi Bajet 2018 itu menggalakkan ibu sepertinya menabung seawal mungkin untuk masa depan anak-anak.

“Jika tiada insentif sebegini, mungkin saya dan suami akan mengambil sedikit masa untuk membuka akaun simpanan anak kami. Dengan adanya akaun ASNB ini, kami hanya perlu tambah sahaja simpanan sedia ada yang diberikan kerajaan,” katanya ketika ditemui pemberita.

Jaeffizra Sausin, 21, pula berkata ADAM50 yang diberikan kepada anak lelakinya itu akan dapat memastikan masa depan anak lebih terjamin terutama untuk pendidikan.

ADAM50 merupakan program baharu yang diperkenalkan oleh kerajaan dengan kerjasama PNB kepada semua bayi warganegara Malaysia yang lahir dalam tempoh 1 Jan 2018 hingga 31 Dis 2022.

Objektif utama ADAM50 ialah untuk menggalakkan budaya menyimpan dan melabur rakyat Malaysia seawal usia baru lahir dengan pemberian 200 unit insentif percuma yang akan dikreditkan ke akaun Amanah Saham Bumiputera bagi bayi Bumiputera atau Amanah Saham 1Malaysia untuk bayi bukan Bumiputera. – BERNAMA

Tags: ADAM50
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jemaah Umrah Disahkan Dijangkiti MERS-CoV

Next Post

Kastam Perlis Buka Tender Jual Kereta Terpakai

Related Posts

Inisiatif ADAM50 Akan Dihentikan Pada Akhir Tahun

21/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50) yang diperkenalkan pada Januari oleh kerajaan Barisan Nasional akan dihentikan menjelang...

Kurang Sambutan, Program ADAM50 Ditamatkan – PNB

21/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Permodalan Nasional Bhd (PNB) menjelaskan bahawa Program Amanah Dana Anak Malaysia (ADAM50) akan ditamatkan pada 31 Disember...

Next Post

Kastam Perlis Buka Tender Jual Kereta Terpakai

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd