• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Pemain Negara Mara Skuasy Terbuka Remaja Britain

oleh AK-47
04/01/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemain skuasy kebangsaan S. Sivasangari mara ke pusingan ketiga Kejohanan Skuasy Terbuka Remaja Britain (BJO) 2018 di Birmingham pada Rabu.

Pemain pilihan pertama itu dengan mudah mengalahkan Laura Neill dari Ireland 11-3, 11-0, 11-5 pada pusingan kedua bagi Kategori Wanita Bawah 19 Tahun (B-19) untuk bertemu Karina Tyma, dari England hari ini.

Pemain nombor dua negara dan nombor 45 dunia itu kali terakhir menjuarai BJO pada 2014 bagi Kategori B-15.

Rakan senegaranya, Ooi Kah Yan pula mengejutkan Ju Song-dong dari Korea Selatan apabila meraih kemenangan dengan keputusan 14-12, 11-3, 11-3 untuk berdepan dengan pemain England, Elise Lazarus, tetapi Lai Wen Li dijangka menghadapi laluan sukar apabila bertemu dengan pemain pilihan kedua, Satomi Watanabe dari Jepun, setelah mengalahkan pemain Wales Ciara Richards 11-6, 11-6, 11-7.

Dalam Kategori Lelaki B-19, pemain Malaysia Ong Sai Hung mengalahkan pemain Scotland, Tino Mackay 11-3, 11-2, 11-2 untuk bertemu Glenn Yates dari Afrika Selatan, manakala Darren Rahul Pragasam menumpaskan Arnaud Masset dari Luxembourg 11-2, 11-9, 11-1 untuk menghadapi pemain Republik Czech, Ondrej Vorlicek dan Siow Yee Xian mengetepikan pemain India, Anuj Unadkat 11-3, 5-11, 11-3, 11-9, untuk berdepan dengan pemain negara tuan rumah, Nicholas Wall.

Pemain pilihan kedua Aifa Azman pula dengan mudah mengalahkan Ashley Manning dari Amerika Syarikat 11-5, 11-1, 11-6 untuk bertemu pemain New Zealand Kaitlyn Watts dalam Kategori Wanita B-17, manakala Jessica Keng Jia Hui akan mencabar Farida Ahmed dari Mesir setelah mengetepikan pemain Itali Cristina Tartarone 11-6, 11-4, 11-3.

Dalam Kategori Lelaki B-17, Shahrul Izham Nurhaqiem, yang berkongsi kedudukan sebagai pemain pilihan ketiga, akan bertemu pemain negara tuan rumah Simon Herbert setelah mengalahkan Martin Leon dari Peru, manakala Duncan Lee Yung Yii akan berentap dengan pemain Pakistan, Muhammad Farhan Hashmi setelah menundukkan Gavin L’Estrange dari Ireland 11-3, 11-8, 11-4. – BERNAMA

Tags: AifaSivasangari
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sivasangari Tak Gentar Penampilan Sulung Sukan SEA

11/08/2017
0

KUALA LUMPUR - Pengalaman beraksi di peringkat antarabangsa mampu membangkitkan semangat pemain skuasy negara, S. Sivasangari untuk meneruskan penguasaan Malaysia...

Sivasangari Hampir Juarai Skuasy Remaja Terbuka Britain

05/01/2017
0

KUALA LUMPUR - Pemain skuasy remaja kebangsaan, S.Sivasangari meneruskan kemaraannya bagi memburu gelaran pada Kejohanan Skuasy Remaja Terbuka Britain 2017...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd