• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siti Kasim Jadi Peguam Ratu Cantik Mak Nyah?

oleh
17/01/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AKTIVIS propembangkang, Siti Kasim dilaporkan menjadi peguam bagi menjamin kelancaran perjalanan pertandingan ratu cantik pondan iaitu Ikon Transwoman Malaysia Charity Night 2017.

Acara penuh gilang-gemilang itu berlangsung pada 14 Januari lalu di Hotel Istana, Kuala Lumpur bersempena dengan sambutan Hari AIDS Sedunia dan disertai ramai golongan mak nyah tempatan termasuk kaum Melayu.

Perkara itu didedahkan sebuah portal tempatan Menara.my memetik kenyataan seorang peguam bernama Azlan Abdul Razak yang turut disiarkan menerusi laman Facebook lengkap 12 gambar eksklusif acara berprestij itu.

Beliau dilaporkan berasa begitu berbesar hati atas pelantikan dirinya sebagai salah seorang peguam bersama-sama dengan Siti Kasim bagi mengawal selia perjalanan program berkenaan daripada serbuan pihak berkuasa agama.

Namun, beliau juga melahirkan rasa kesal kerana meskipun pada era moden ini, golongan mak nyah masih lagi memerlukan perlindungan daripada pihak peguam, hanya kerana mereka memilih untuk menjadi diri sendiri.

Baca: Turki Haram Segala Aktiviti LGBT Di Ibu Negaranya

Juga: Tunisia Lancar Radio LGBT Rosak Akhlak Remaja Arab

Serta: Imam Gay Mahu Bina Masjid LGBT Di Australia

Azlan dengan bangga berkata, “Kami berdua telah dilantik sebagai peguam untuk bersiap siaga dengan tugas khas bagi jaga perjalanan majlis ini daripada aspek perundangan terutama jika peserta ditangkap pihak berkuasa.

“Namun begitu, tiba-tiba terlintas di fikiran saya ialah secebis kekesalan kerana pada zaman moden ini, seseorang masih memerlukan kehadiran wakil guamannya hanya untuk menjadi apa yang dia pilih untuk jadi,” katanya lagi.

Beliau amat menghargai kesungguhan pihak Hotel Istana yang memberi kerjasama penuh kepada penganjur hingga pertandingan itu dapat berjalan dengan lancar, meskipun jelas terdapat larangan dari segi undang-undang.

Sambil nada agak biadab, Azlan menyifatkan perundangan negara sebagai bersifat ‘diskriminasi’ ke atas hak pondan dan berkata, “Tidak ada yang lebih memuaskan hati saya daripada melihatkan wanita yang penuh berkeyakinan.

“Peserta yang berani ini tidak membenarkan, dalam apa jua keadaan, mana-mana undang-undang yang bersifat diskriminasi menghalang jihad murni mereka. Saya amat senang hati dengan pihak pengurusan hotel ini.

Baca: Indonesia Haram Unsur LGBT Dalam Siaran TV

Dan: Taiwan Jadi Negara Asia Pertama Izin Kahwin LGBT

Serta: Malaysia Gagal Jadi Hos Sukan Gay Dunia 2022

“Mereka telah memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga keselamatan acara dan semua hadirin yang terlibat.” Muat turut daripada Azlan itu menerima lebih 200 tanda suka dan puluhan komen yang memuji keberanian beliau.

Untuk rekod, Siti Kasim pernah didakwa di mahkamah atas tuduhan halang tugas penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) melakukan serbuan pertandingan ratu cantik mak nyah di Hotel Renaissance.

Terdapat rakaman video tular berdurasi pendek yang boleh ditonton menerusi laman Youtube dan Facebook mengenai kekecohan yang berlaku antara Siti Kasim dengan sekumpulan pegawai Jawi sewaktu serbuan dilakukan.

Pelbagai pihak termasuk badan guaman Concerned Lawyers for Justice (CLJ) menyifatkan kebiadaban Siti Kasim sebagai “gertakan kasar dan gangguan tidak berhati perut terhadap anggota Jawi yang hanya menjalankan tugas.

Kes sensasi berkenaan kemudian didakwa mengikut undang-undang Seksyen 9 Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) Akta Prosedur Jenayah Syariah 1997. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Mak NyahPondansiti kasim
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

“Jangan Salahkan Sajat Atau Riz Ulala” – Safiey

Next Post

Skuad B23 Lakar Sejarah Benam Saudi 1-0

Related Posts

JHEAT Tahan Tujuh Mak Nyah Berbaju Kurung, Berpakaian Seksi

JHEAT Tahan Tujuh Mak Nyah Berbaju Kurung, Berpakaian Seksi

27/07/2024
0

KUALA TERENGGANU - Tujuh lelaki berusia 17 hingga 54 tahun ditahan atas kesalahan berpakaian wanita dalam operasi dijalankan di sebuah...

Tiada Suspek Disyaki Dikesan Letak Bom Di Kereta Siti Kasim

Tiada Suspek Disyaki Dikesan Letak Bom Di Kereta Siti Kasim

14/08/2023
0

KUALA LUMPUR : Tiada sebarang petunjuk baharu diperoleh polis berhubung siasatan kes penemuan objek yang merupakan bom jenis Improvised Explosive...

Next Post

Skuad B23 Lakar Sejarah Benam Saudi 1-0

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd