• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sindiran Mufti Perlis Mengundang Fitnah?

oleh Ahmad Albab
30/01/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelik mengapa Mufti Perlis, Prof. Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin membuat sindiran yang boleh mengundang fitnah sedangkan beliau sering meminta masyarakat tidak terbabit dengan penyebaran berita berunsur fitnah.

Penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff berkata, sindiran Mufti Perlis iaitu orang yang “curi RM5 bilion” dan orang lain yang “cium tangan orang yang curi RM5 bilion” sangat mudah difahami berdasarkan senario (politik) semasa.

“Tidak dinafikan sindiran ini dibuat dalam konteks untuk menjelaskan pemilihan pemimpin sepatutnya dibuat diatas isu yang membabitkan kepentingan awam dan bukan isu yang membabitkan dosa peribadi.

“Begitupun, sindiran yang dibuat sangat tidak wajar kerana boleh mendatangkan fitnah,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Justeru, Kamarul mempersoalkan mengapa Mufti Perlis sejak kebelakangan ini gemar membicarakan persoalan politik dengan menyindir pemimpin negara.

Menurut beliau, sindiran itu pula akan segera disambar oleh portal-portal berita propembangkang.

“Seingat saya, di negara mutakhir ini, pembelaan dosa peribadi lebih dikaitkan dengan perjuangan G25, IRF serta pemimpin seperti Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa.

“Walau apa pun, semakin lantang dan berani juga nampaknya Mufti Perlis ini,” katanya.

Sebuah portal berita semalam melaporkan Mufti Perlis mengkritik masyarakat kerana lebih mementingkan isu dosa peribadi pemimpin sedangkan hal itu hanya melibatkan si pendosa dengan Tuhan yang tidak perlu dihebohkan.

“Bagi masyarakat kita, dosa peribadi besar, tetapi dosa yang membabitkan umum dibiarkan. Kalau curi RM5 bilion tak mengapa dan masih boleh cium tangannya,” kata Mufti Perlis. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Mufti Perlis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Apakah Undang-Undang Hanya ‘Cengih’ Untuk Yang Beragama Islam Sahaja? – Mufti Perlis

Apakah Undang-Undang Hanya ‘Cengih’ Untuk Yang Beragama Islam Sahaja? – Mufti Perlis

14/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Mohd. Asri Zainul Abidin mempersoalkan sama ada undang-undang di negara ini dilihat hanya...

Mufti Perlis Bimbang Anasir Hindutva Di India Menular Ke Malaysia 

Mufti Perlis Bimbang Anasir Hindutva Di India Menular Ke Malaysia 

11/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menzahirkan kebimbangan terhadap kemungkinan pengaruh pengganas gerakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd