• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siar Mayat Bunuh Diri, Youtuber Dikecam Hebat

oleh AK-47
08/01/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TOKYO – Pengguna media sosial di serata dunia melahirkan kemarahan masing-masing susulan penyiaran video oleh bintang YouTube, Logan Paul, yang memaparkan mayat seorang mangsa kejadian bunuh diri baru-baru ini.

Ribuan komen berbaur kemarahan memenuhi media sosial Twitter selepas Paul yang mempunyai 3.92 juta pengikut di Twitter memuat naik permohonan maaf atas penyiaran video berkenaan.

Dalam video itu, Paul, 23, menemui satu mayat di hutan Aokigahara atau turut dikenali sebagai ‘Hutan Bunuh Diri Jepun’, terletak di kaki Gunung Fuji.

Mayat berkenaan adalah seorang lelaki yang menggantung dirinya beberapa hari sebelum itu, dipercayai akibat tekanan perasaan dan dirakamkan dari beberapa sudut tetapi mukanya dikaburkan.

Apa yang menyakitkan hati para netizen adalah sikap Paul dan rakan-rakannya yang ketawa dan seolah-olah gembira dengan penemuan yang mereka rasakan akan meningkatkan jumlah tontonan video itu kelak.

Paul dan pasukannya kelihatan amat gembira dapat merakam aksi kematian itu dari pelbagai sudut.

Walaupun Paul kemudian memberitahu dia kelihatan gembira dan melawak sebagai cara untuk mengurangkan tekanan selepas melihat mayat, penjelasan itu tidak diterima dengan baik oleh sebahagian besar netizen.

SELAIN mimik-mimik wajah yang keterlaluan, sikap rakan Paul yang ketawa (wanita di belakang) menambah rasa marah para netizen.

Seorang pengguna Twitter, @j_rivoluzione berkata, adalah satu tindakan tidak masuk akal untuk Paul menyiarkan visual mayat individu yang membunuh diri akibat tekanan perasaan.

Seorang pengguna dikenali sebagai @spiffymiffy1 pula berkata, tindakan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai supaya tidak menjadikan bunuh diri sebagai penyelesaian masalah, boleh dilakukan tanpa memaparkan visual mayat individu terbabit.

“Bunuh diri dan kemurungan adalah satu masalah amat serius. Tiada apa yang ‘kelakar’ dalam hal ini,” katanya.

Video yang dikongsi oleh pada Ahad, 31 Disember 2017 itu menerima berjuta-juta tontonan sebelum ia dipadamkan oleh Paul.

Mereka menyoal tahap kewarasan akal Paul dalam menyiarkan mayat mangsa bunuh diri tanpa menghiraukan perasaan ahli keluarga atau rakannya.

Ada juga yang mendesak YouTube untuk mengambil tindakan terhadap Paul.

Dear Internet, pic.twitter.com/42OCDBhiWg

— Logan Paul (@LoganPaul) 2 January 2018

Paul kemudian memohon maaf menerusi akaun Twitter dan berkata dia tidak melakukan perkara itu untuk mendapatkan ‘likes’ semata-mata malah hanya mahu menyebarkan kesedaran mengenai bunuh diri. – MYNEWSHUB.CC

Tags: bunuh diriLogan PaulYouTube
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bicara Kes 1MDB: Kami Tidak Boleh Kawal Media – DPP

Iran: Tragedi Kerman Angkara Pengebom Bunuh Diri – Laporan

05/01/2024
0

TEHRAN - Tragedi letupan yang berlaku di kawasan sesak di bandar Kerman, Iran pada Rabu dikatakan berpunca daripada serangan pengebom...

Mahu Bunuh Diri Kerana Isteri Minta Cerai

Mahu Bunuh Diri Kerana Isteri Minta Cerai

28/08/2023
0

KUALA SELANGOR : Seorang lelaki cuba bunuh diri dengan cuba melompat dari sebuah papan tanda di Tasik Puncak Bestari di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd