• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Semua Perumahan Perlu Ada Bomba Komuniti

oleh AK-47
17/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Semua kawasan perumahan khususnya di bandar digesa untuk mewujudkan bomba komuniti bagi membantu mengurangkan risiko kehilangan nyawa dan harta benda semasa kebakaran.

Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah perkara itu boleh dilaksanakan dengan mereka yang menganggotai rukun tetangga mengikuti kursus asas kebakaran oleh pihak bomba.

“Musibah boleh berlaku pada bila-bila masa tetapi sekurang-kurangnya kita ada usaha. Jika ada bomba komuniti, boleh diberi latihan supaya mereka tahu apa yang perlu dilakukan semasa kebakaran.

“Pihak bomba juga perlu lebih proaktif dengan keperluan ini di taman perumahan dan sentiasa periksa saluran air di kawasan perumahan,” titah baginda selepas melawat mangsa kebakaran di Perkampungan Sungai Isap 2 di sini, hari ini.

Semalam, tiga buah rumah di perkampungan itu musnah dalam kebakaran yang berlaku sekitar pukul 4.30 petang, dipercayai berpunca akibat litar pintas dari salah sebuah rumah.

Tengku Abdullah juga mengingatkan pemilik rumah untuk menyedari kepentingan mengambil perlindungan insurans bagi rumah, kerana masih ada yang tidak mempunyai insurans rumah, khususnya di kampung.

“Saya harap semua perlu ada insurans kerana sedikit sebanyak ia dapat membantu meringankan beban apabila berlaku kejadian seperti ini. Saya dimaklumkan dua rumah (yang terlibat kebakaran) tidak mempunyai insurans.

“Salah sebuah rumah juga baru selesai membuat baik pulih…tapi malang tidak berbau. Namun apa yang lebih mustahak ialah bersyukur kerana semuanya selamat,” titah baginda.

Tengku Abdullah menambah baginda berharap kejadian itu menjadi pengajaran kepada masyarakat supaya segera melakukan tindakan sewajarnya dan tidak hanya menunggu sehingga kejadian telah berlaku.

Titahnya antara tindakan segera yang perlu ialah memeriksa sistem pendawaian, jika rumah itu telah lama didiami.

Pada lawatan itu, Tengku Abdullah juga menasihatkan mereka yang diuji dengan musibah itu untuk bersabar dan mahu pihak kerajaan serta badan bukan kerajaan (NGO) tampil membantu mangsa kebakaran. – BERNAMA

Tags: Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perbanyakkan Dasar, Program Pulih Semula Hutan

21/07/2018
0

PEKAN - Jabatan Perhutanan Pahang diarahkan untuk memperbanyakkan dasar dan program berkaitan pemuliharaan semula hutan, titah Pemangku Raja Pahang Tengku...

Institusi Keluarga Perlu Main Peranan Pulih Penagih

15/04/2018
0

KUANTAN - Institusi kekeluargaan diminta turut sama memainkan peranan menyokong pemulihan anggota keluarga mereka yang terlibat dengan masalah penagihan dadah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd