• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selalu Tanya Jodoh, Lelaki Bunuh Ibu Mengandung!

oleh
31/01/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERANG kerana selalu ditanya soal jodoh, seorang lelaki telah mengambil keputusan yang gila dengan membunuh seorang wanita yang sedang sarat mengandung!

Kejadian yang tak diduga itu telah berlaku di Kampung Pasir Jonge, Desa Sukawangi, Kecamatan Singajaya, Jawa Barat Indonesia pada 19 Januari lalu.

Suspek dikenali sebagai FN atau nama panggilannya, Nunur telah membunuh jirannya, Aisyah, 32, selepas wanita itu bertanya soal rumah tangga.

Suspek telah berjaya ditahan oleh pihak polis pada Ahad yang lalu di Kalideres, Jakarta Barat.

Hasil siasatan mendapati bahawa sebelum kejadian, mangsa yang ketika itu lalu dihadapan rumah suspek ketika dia sedang duduk termenung telah tersentap apabila diajukan soalan tentang rumah tangga.

“Segeralah berkahwin, yang lain kan sudah menikah. Kenapa kamu sahaja yang belum kahwin lagi?” kata mangsa kepada suspek.

Maruah suspek ketika itu bagaikan dipijak-pijak oleh wanita itu kerana soalan itu telah mengguris hatinya.

Tanpa berfikir panjang, suspek telah berkunjung ke rumah mangsa dan tujuan jahatnya itu langsung tidak dapat dihidu oleh mangsa.

Ketika mangsa mempelawanya masuk ke ruang tamu dan tanpa disedari, Nunur telah mengekori Aisyah sehingga ke bilik serta terus menolaknya ke atas katil.

Tanpa melengahkan masa, suspek terus mencekik wanita yang sedang sarat mengandung lapan bulan itu sehingga putus nyawa.

Bagaimanapun, suspek ketika itu tidak menyedari mangsa sudah pun mati.

Oleh itu, dia mengambil keputusan untuk terus memijak leher wanita itu untuk memastikan wanita itu benar-benar sudah mati.

“Selepas membunuh mangsa, suspek mengambil wang mangsa sebanyak 800,000 rupiah dan telefon bimbit mangsa,” kata wakil pihak polis dipetik daripada portal Suara.com.

Walaupun suspek telah berjaya melarikan diri ke ibu kota, namun pihak polis telah berjaya menjejakinya dan disebabkan dia cuba untuk melarikan diri, pihak polis terpaksa melepaskan tembakan di kakinya.

Pihak polis turut berjaya menyita sejumlah barang bukti daripada suspek antaranya ialah motosikal, bantal, selipar, baju dan kain.

Suspek turut akan didakwa serta bakal dikenakan tindakan hukuman penjara seumur hidup atas kesalahan membunuh. – MYNEWSHUB.CC/AH

*Video sekadar hiasan…

Tags: bunuh ibu mengandungsoalan jodoh
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

“Saya Wakil Mereka Yang Masih Solo” – Siti Nordiana

Next Post

“Bukan Jenayah Pedofilia Tapi Sisi Positif Poligami”

Related Posts

No Content Available
Next Post

"Bukan Jenayah Pedofilia Tapi Sisi Positif Poligami"

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd