• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sekatan Minyak Sawit Satu Bentuk Penjajahan Ekonomi

oleh AK-47
16/01/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) melabelkan Kesatuan Eropah (EU) sebagai hipokrit dan mendakwanya cuba melakukan penjajahan ekonomi ke atas negara-negara pengeluar minyak sawit berhubung sekatan yang dicadangkannya terhadap komoditi tersebut.

Pengerusinya, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata langkah itu lebih kepada penjajahan berikutan ia didorong oleh alasan yang tidak berasas susulan mereka mengetahui terdapat hubungan antara kelapa sawit dan pendapatan rakyat di kawasan luar bandar.

Beliau berkata cadangan sekatan ke atas penggunaan minyak sawit dalam biofuel bertentangan dengan Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

“Kemudian mereka meneruskan usaha untuk menyekat penggunaan minyak sawit di benua mereka,” katanya pada sidang media di Menara Felda di sini sempena bantahan yang diadakan oleh lebih 2,000 pekebun kecil bagi pihak 650,000 pekebun kecil di seluruh negara yang menuntut penarikan balik ancaman EU terhadap minyak sawit.

Shahrir berkata ini merupakan kali pertama pekebun kecil melakukan bantahan untuk menunjukkan pendirian mereka terhadap sekatan EU, dan beliau tidak menolak kemungkinan bantahan yang sama dari semasa ke semasa.

“Kita boleh meningkatkan bantahan kita. Sebelum ini, terdapat dialog dan interaksi antara kerajaan kepada kerajaan dan parlimen kepada parlimen tetapi kini antara rakyat Malaysia dan Parlimen EU,” katanya.

Ditanya sama ada bantahan hari ini akan memberi kesan kepada keputusan EU untuk menghentikan penggunaan minyak sawit dalam biofuel mulai 2021, beliau berkata kesan itu tidak dapat dipastikan, tetapi sekurang-kurangnya ia dapat menunjukkan kepada mereka sekatan itu berdasarkan alasan yang salah.

Dilaporkan Parlimen EU akan mengadakan undian terhadap cadangan sekatan biofuel sawit esok.

Ditanya sama ada Felda akan mencadangkan kepada kerajaan untuk mempertimbangkan kempen “buy European last”, katanya perkara tersebut dibangkitkan pada perbincangan dalaman.

“Kami telah membincangkan mengenainya, tetapi kami belum ada keputusan,” katanya, sambil menambah Felda akan menyokong strategi tindak balas kerajaan terhadap boikot minyak sawit EU. – BERNAMA

Tags: Feldaminyak sawitTan Sri Shahrir Abdul Samad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Perkukuh Dagangan Di China, Sasar Peluang Baharu Pasaran Minyak Sawit

Malaysia Perkukuh Dagangan Di China, Sasar Peluang Baharu Pasaran Minyak Sawit

18/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Malaysia sedang mengukuhkan hubungan perdagangan strategiknya dengan China menerusi lawatan rasmi selama seminggu diketuai Timbalan Menteri Perladangan dan...

Kerajaan Salur Peruntukan RM100 Juta Kepada FELDA Tampung Kos Operasi – PM

Kerajaan Salur Peruntukan RM100 Juta Kepada FELDA Tampung Kos Operasi – PM

14/07/2024
1

SERDANG : Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan bersetuju menyalurkan peruntukan RM100 juta kepada FELDA untuk menampung kos pengoperasian ladang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd