• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sasar 35,000 Peserta KL Maraton Standard Chartered

oleh Ahmad Albab
10/01/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – KL Maraton Standard Chartered (SCKLM) 2018 yang dijadual pada 8 April, menyasarkan untuk menarik penyertaan sehingga 35,000 peserta.

SCKLM yang memasuki edisi ke-10 tahun ini, akan kembali berlangsung di Dataran Merdeka.

Pengarah projek SCKLM Rainer Biemans berkata pihaknya sangat beruntung kerana dapat menarik peserta yang setia menyertai acara larian itu sejak beberapa tahun lepas, untuk bersaing dalam kesemua 10 edisi perlumbaan berkenaan.

“Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada peserta larian ini atas sokongan mereka dan untuk meraikan ulang tahun ke-10 perlumbaan tersebut.

“Kami akan sentiasa melibatkan mereka melalui saluran media sosial untuk memberikan pelbagai hadiah dan cenderahati,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, Bank Standard Chartered berbangga untuk sekali lagi menjadi penaja utama SCKLM buat tahun ke-10 perlumbaan larian tersebut.

“Ia memang amat menggembirakan untuk melihat acara larian ini menjadi kejohanan utama di Malaysia, yang sememangnya dinanti-nantikan pelari maraton,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Bank Standard Chartered Malaysia Abrar A. Anwar.

Pendaftaran menyertai SCKLM 2018 dibuka mulai 10 Jan.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini mengenai SCKLM boleh layari www.kl-marathon.com. – BERNAMA

Tags: marathon
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ribuan Peserta Marathon Berlari Dalam Udara Tercemar

18/10/2019
0

NEW DELHI - Puluhan ribu pelari telah mendaftar untuk mengambil bahagian dalam maraton di ibu negara India pada hari Ahad...

Peserta Marathon Kuching 2018 Diberi Kawalan Keselamatan

10/08/2018
0

KUCHING - Peserta luar negara yang menyertai Marathon Kuching 2108 yang dijadualkan berlangsung pada Ahad ini (12 Ogos) akan diberi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd