• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ringgit Cecah 2,9962 Berbanding Dolar Singapura

oleh AK-47
08/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura dan mencecah paras tertinggi dalam tempoh 14 bulan pada 2.9962/9002 pada 1 petang hari ini, paras tertinggi yang dicatatkan sejak Oktober 2016.

Ringgit tidak dapat melepasi paras psikologi 3.0 berbanding dolar Singapura sejak ia dibuka pada 2.9988/0035 pada 27 Okt, 2016.

Sebelum itu, unit tempatan dibuka pada 2.9823/9837 berbanding dolar Singapura pada 26 Okt, 2016 dan ditutup pada 2.9936/9983 pada hari yang sama.

Ketua Dagangan bagi Asia Pasifik Oanda Corp, Stephen Innes, memberi tahu Bernama, prestasi eksport Malaysia yang kukuh, di atas sokongan pertumbuhan positif ekonomi global di tengah-tengah kekukuhan harga minyak mentah telah merangsang pergerakan ringgit.

Minggu lepas, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri mengumumkan eksport Malaysia meningkat sebanyak 14.4 peratus kepada RM83.5 bilion pada November 2017, nilai eksport bulanan tertinggi yang pernah dicatatkan sejak Mac 2017 berikutan permintaan tinggi bagi barangan pembuatan.

Selain itu, Innes berkata, dengan harga penanda aras minyak mentah Brent terus meningkat kepada US$67.72 (US$1 = RM3.98) setong pada Isnin, aliran meningkat itu memberi manfaat yang besar kepada Malaysia – pengeksport minyak utama di rantau ini.

“Juga, oleh kerana Malaysia merupakan pengeksport komoditi asas manakala Singapura tidak mempunyai sebarang eksport komoditi ketara, ini telah meningkatkan lagi prestasi ringgit,” katanya.

Beliau berkata bayangan daripada Bank Negara Malaysia untuk melaksanakan penormalan dasar tahun ini, serta aliran masuk tunai berterusan dalam pasaran ekuiti tempatan juga membawa kepada ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang utama termasuk dolar Singapura.

Pada 4 petang hari ini, unit tempatan meneruskan momentum meningkatkan disebut harga pada 2.9983/0024 berbanding dolar Singapura selepas dibuka pada 3.0062/0102 daripada 3.0081/0123 pada Jumaat. – BERNAMA

Tags: dolar singapuraringgit
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ringgit Dijangka Meningkat Kepada 3.94 Berbanding Dolar AS Menjelang Akhir 2026 – AmBank

Ringgit Dijangka Meningkat Kepada 3.94 Berbanding Dolar AS Menjelang Akhir 2026 – AmBank

23/01/2026
0

Ringgit dijangka diniagakan dalam jajaran kecil pada separuh pertama 2026 sebelum hampiri paras 3.94 berbanding dolar AS pada separuh kedua...

Ringgit Mengukuh Bukti Dasar Kerajaan Berhasil – Rafizi

Ringgit Mengukuh Bukti Dasar Kerajaan Berhasil – Rafizi

06/08/2024
0

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli menegaskan prestasi mata wang negara yang mengukuh membuktikan hala tuju dan dasar kerajaan sedang berhasil. IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd