• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Respons Positif Kelantan Terhadap Persekutuan Dipuji

oleh Ahmad Albab
14/01/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa hari ini memuji sikap positif kerajaan Kelantan pimpinan PAS yang secara terbuka mengakui peranan kerajaan Persekutuan dalam membangunkan prasarana serta ekonomi di negeri itu.

Annuar yang juga anggota Parlimen Ketereh berkata sikap positif kerajaan Kelantan itu harus diteruskan agar hubungan ‘baharu’ yang dibina antara kedua-dua kerajaan terutama bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dapat dikekalkan.

“Saya minta anggota UMNO (dan Barisan Nasional) serta PAS dapat terus memandang ke hadapan agar kita bersama-sama dapat membangunkan bidang ‘taawun’ (berbuat kebaikan) kerana cita-cita kita juga ingin melihat Kelantan maju.

“Ini peluang paling molek untuk mentransformasikan Kelantan (bawah pentadbiran Najib),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Tentera Bersama Rakyat di Padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kok Lanas di sini, hari ini.

Karnival sehari anjuran Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Biro Kebajikan Komuniti Kampung Padang Raja itu turut dihadiri Asisten Ketua Staf Perisikan, Markas Tentera Darat, Mej. Jen. Datuk Khir Mohd Nor.

Khamis lepas, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dilaporkan sebagai berkata pentadbiran Najib membawa lebih banyak pembangunan kepada Kelantan berbanding ketika era Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Mohd Amar yang juga Naib Presiden PAS berkata ia berikutan wujud hubungan yang lebih baik antara kerajaan negeri pimpinan PAS dan kerajaan Persekutuan pimpinan Barisan Nasional ketika ini walaupun terdapat perbezaan ideologi antara kedua-dua parti.

Annuar berkata Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) menghubungkan Pengkalan Kubor ke Pelabuhan Klang, Selangor, pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa dan beberapa projek lain merupakan ‘game changer’ dan pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi baharu Kelantan.

“Dengan pembinaan prasarana baharu itu, ia akan menarik lebih banyak pelaburan ke negeri ini dan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan terutama kepada golongan muda, sekali gus mengurangkan masalah jenayah yang berlaku akibat kesempitan hidup,” katanya.

Dalam pada itu, Annuar berkata manifesto khusus bagi Parlimen Ketereh untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kini telah 90 peratus siap.

Beliau berkata antara perkara yang akan dikemukakan kepada rakyat termasuklah pembinaan stadium bola sepak baharu, jambatan menghubungkan Kelantan timur dan barat merentangi sungai Kelantan dan Projek Perumahan Rakyat (PPR). – BERNAMA

Tags: KelantanTan Sri Annuar Musa.
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jabatan Agama Islam Kelantan Sudah Ambil Alih Kes Rogol `Suka Sama Suka’

Jabatan Agama Islam Kelantan Sudah Ambil Alih Kes Rogol `Suka Sama Suka’

18/12/2025
0

KOTA BHARU: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) sudah menerima laporan kes rogol `suka sama suka' membabitkan remaja perempuan...

Suami Lakukan Dua Tikaman Pada Bahagian Belakang Guna Pisau – Polis Kelantan

Suami Lakukan Dua Tikaman Pada Bahagian Belakang Guna Pisau – Polis Kelantan

01/12/2025
0

TANAH MERAH – Isteri maut ditikam dua kali di bahagian belakang badannya oleh suami menggunakan sebilah pisau di dapur rumah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd