• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Remy Elak Jawab Soal Privasi, Mahu Kumpul Duit Kahwin

oleh
25/01/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KATA orang dalam tempoh pertunangan pasti akan hadirnya ujian berat bagi pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga.

Ujian seperti itu juga tidak terkecuali turut terjadi kepada pelakon hero Malaya, Remy Ishak dan tunangnya Ezza Yusof.

Remy atau nama sebenarnya, Mohamad Zalimie Ishak, 35, dikatakan sering menasihati Ezza agar tidak mudah melatah dan mengeluarkan kenyataan tentang privasi hubungan mereka di media sosial.

Tujuan Remy mengingatkan ahli perniagaan itu juga bertujuan untuk mengelakkan sebarang salah faham bagi kerana tidak mahu tunangnya itu berasa tertekan dengan tohmahan daripada netizen.

“Selalunya, saya berpesan kepada Ezza supaya jangan layan sangat apa orang luar kata dan tak perlu nak keluarkan sebarang kenyataan yang dirasakan kurang sesuai untuk dikongsi.

“Niat saya bukan mengongkong tapi cuma nak elakkan salah faham dan tak mahu dia fikirkan tentang gosip begini. Biarlah saya seorang yang lalui,” katanya dipetik daripada mStar Online.

Ezza sebelum ini dilanda kontoversi konon sudah mendirikan rumah tangga selepas gambarnya bersama seorang bayi menimbulkan tanda tanya netizen sehingga menjadi fitnah di sebuah portal hiburan baru-baru ini.

Pelakon drama Kekasih Paksa Rela itu juga dikatakan tidak tahu menahu tentang gosip berkenaan dan telah menafikan sekeras-kerasnya bahawa bakal isterinya itu bukanlah berstatus janda.

“Ada viral ke tentang kisah dia (Ezza) dah kahwin? Saya tak tahu pula. Tapi apa yang boleh saya kata dia belum pernah berkahwin.

“Sebab tu saya selalu pesan supaya dia tak perlu layan sangat gosip-gosip begini, nanti dia yang akan tertekan,” ujarnya lagi.

Remy dan Ezza telah mengikat tali pertunangan pada April tahun lalu dan kini dia masih lagi berusaha untuk mempercepatkan majlis pernikahan tetapi dia turut menyerahkannya kepada Yang Maha Esa.

“Sekarang ni saya nak kumpul duit dulu. Sudah cukup semuanya baru boleh ke arah itu. Lagi pula sekarang ini ada beberapa tugasan yang belum diselesaikan,” tambahnya lagi.

Dalam perkembangan terbaharu, Remy kini bakal muncul menerusi drama Dosa, yang merupakan projek kolaborasi mega antara produksi Malaysia dan negara seberang, Indonesia.

Sebanyak lapan episod akan ditayangkan di saluran televisyen berbayar Astro First bermula 14 Februari ini.

Antara bintang lain yang turut membintangi drama itu ialah Datuk M.Nasir, Ashraf Sinclair, Hisham Hamid dan Shenty Feliziana. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: ibu tunggalRemy Ishaktunang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Duda Warga Emas, Ibu Tunggal Ditahan Berkhalwat

Duda Warga Emas, Ibu Tunggal Ditahan Berkhalwat

01/09/2025
0

Melaka: Lapan pasangan dicekup berkhalwat menerusi Operasi Cegah Jenayah Syariah (OCJS) di beberapa hotel sekitar Bandaraya Melaka, awal pagi semalam....

Bakal Pengantin, Tunang Antara Didakwa Cabul Remaja Bergilir-gilir

Bakal Pengantin, Tunang Antara Didakwa Cabul Remaja Bergilir-gilir

23/12/2024
0

MUAR: Dua lelaki masing-masing yang bakal melangsungkan pertunangan Sabtu ini dan berkahwin Mei depan, antara enam individu dihadapkan ke Mahkamah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd