• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Raub Dilanda Banjir, Mangsa Di PPS Sedikit Meningkat

oleh Ahmad Albab
09/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Raub menjadi daerah terbaru dilanda banjir menyebabkan jumlah mangsa banjir yang dipindahkan sedikit meningkat kepada 379 mangsa, ditempatkan di lapan pusat pemindahan sementara (PPS) di Pahang pagi ini berbanding 370 orang malam tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang Zainal Yusof berkata sembilan orang di Raub mula dipindahkan pagi ini ke PPS Dewan Semai Bakti Felda Tersang 2.

“Dalam pada itu, Pekan masih menempatkan 281 orang di lima PPS iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Temai (122 orang), Pusat Pemindahan Banjir Kampung Pulau Manis (75 orang).

“Mangsa turut ditempatkan di Balai Raya Kampung Tanjung Pulai (39 orang), SK Acheh (34 orang) dan Balai Raya Kampung Tebat (11 orang),” katanya ketika dihubungi di sini, hari in

Di Maran pula, katanya 38 mangsa masih ditempatkan di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian manakala daerah Lipis, seramai 51 mangsa yang ditempatkan di SK Chegar Perah.

Sementara itu, tujuh sekolah di Pekan dan Maran yang melibatkan 1,538 murid dan guru masih ditutup hari ini berikutan masalah banjir.

Katanya, di Pekan enam sekolah ialah SK Kampung Acheh, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paloh Hinai, SK Mambang, SK Temai, SK Pelak dan SK Pulau Manis manakala sebuah sekolah di Maran, SK Kertau. – BERNAMA

Tags: BanjirPahang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

28/12/2025
0

MELAKA: Bantuan kecemasan bencana banjir untuk mangsa di Sumatera Barat, Indonesia yang dikelolakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Skuad Bencana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd