• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Perlu Ambil Iktibar Ditadbir PAS 1999-2004

oleh Ahmad Albab
12/01/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Rakyat Terengganu diingat mengambil iktibar terhadap apa yang terjadi sepanjang tempoh ditabdir PAS dari 1999 hingga 2004, kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Beliau berkata kesilapan itu perlu dihindari dengan memastikan ia tidak berulang lagi pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Antara kezaliman dilakukan PAS ketika itu ialah menghalau kanak-kanak tadika Kemas, bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada rakyat yang dikenal pasti penyokong UMNO dipotong dan penggunaan wang zakat untuk pembiayaan pengajian anak-anak Exco PAS.

“Terengganu kini berada di landasan yang betul, tiada sebab untuk tukar (kerajaan negeri ditadbir Barisan Nasional) kerana ada banyak lagi agenda pembangunan untuk membantu rakyat yang perlu diteruskan.

“Beri peluang kepada kerajaan sedia ada meneruskan perjuangan kerana tiada lagi kerajaan yang sebaik Barisan Nasional (BN) berbanding parti-parti yang lain (untuk memerintah),” kata Ahmad Razif.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man baru-baru ini yang yakin PAS dapat merampas semula Terengganu pada PRU14.

Ditanya berhubung langkah Parti Amanah Negara akan bertanding di tiga kerusi Parlimen di Terengganu, Ahmad Razif berkata BN Terengganu tidak gentar untuk berdepan mana-mana lawan pada PRU14.

“Bagi kita (BN) tak ada masalah, satu lawan satu atau 10 lawan satu, tiada masalah…. jentera kita Insya-Allah sudah siap sedia dan paling penting kita nak tunaikan semua janji-janji kita kepada rakyat,” katanya.

Terdahulu, Ahmad Razif merasmikan Karnival Jom Sihat anjuran Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Terengganu dengan kerjasama Kelab Lions Kuala Terengganu di sini, hari ini. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Ahmad Razif Abdul RahmanPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan cadangan memotong elaun petrol Ahli Parlimen tidak memberikan...

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menyifatkan pembangkang hari ini sebagai 'paling tidak berguna'...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd