• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Jangan Tertipu Helah Pemimpin PPBM

oleh Ahmad Albab
01/01/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Rakyat diharap tidak tertipu dengan helah pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang mengatakan mereka mempunyai sokongan akar umbi.

Ketua UMNO Bahagian Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata parti itu cuba menipu rakyat dengan melanggar perlembagaan sendiri.

“Ini satu penipuan kepada rakyat dengan mengatakan mereka mempunyai sokongan di akar umbi yang meluas tetapi sebenarnya gagal melaksanakan mesyuarat di peringkat cawangan dan bahagian.

“Maknanya ini bukan parti yang mempunyai akar umbi. Ini merupakan parti yang diwujudkan di ‘awang-awangan’ dan saya juga rasa ia tidak akan dihormati dan akan diketepikan oleh parti pembangkang lain,” katanya.

Nur Jazlan kepada demikian kepada pemberita pada majlis tahlil Allahyarham bapanya Tan Sri Mohamed Rahmat yang meninggal dunia pada 1 Jan 2010, di sini malam tadi.

Sebelum ini, bekas Naib Presiden PPBM Datuk Hamidah Osman mempertikaikan perhimpunan agung tahunan parti itu yang berlangsung di Shah Alam, dua hari lepas.

Hamidah mempersoalkan cara penganjuran perhimpunan agung PPBM yang disifatkannya sekadar ‘melepaskan batok di tangga’ kerana tidak mengikut tatacara perlembagaan parti.

Menurut Hamidah, mengikut Perlembagaan PPBM Fasa 12 untuk Perhimpunan Agung, di bawah klausa 12.2.3, wakil yang dipilih oleh persidangan tahunan bahagian adalah sebanyak seorang wakil bagi setiap 300 anggotai dengan syarat bilangan wakil tidak melebihi tujuh orang daripada satu bahagian.

Namun katanya, PPBM tidak membuat mesyuarat di peringkat bahagian dan tergesa-gesa melakukan sesuatu serta melanggar perlembagaan mereka sendiri. – BERNAMA

Tags: Datuk Nur Jazlan MohamedPPBM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Elak Tanggapan Tikus Membaiki Labu

05/06/2022
0

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) beriltizam mahu membantu mengatasi gejala rasuah dan salah guna kuasa dalam kalangan belia suatu usaha...

Fahami Dendam Membara PPBM

30/01/2022
0

Tiada apa perlu dihairankan berhubung ugutan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap UMNO. Memang begitulah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd