• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM New Zealand Hamil Anak Pertama, TPM Jadi Pemangku

oleh
19/01/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WELLINGTON – Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern, hari ini mengumumkan secara rasmi bahawa beliau memang hamil anak pertama, yang dijangka dilahirkan sekitar Jun ini.

Media tempatan turut melaporkan Ardern mengesahkan Timbalan Perdana Menteri, Winston Peters, akan bertindak sebagai pemangku beliau selama tempoh pantang enam minggu selepas kelahiran bayinya.

“Peters dan saya mempunyai hubungan baik dan saya tahu kami boleh mengharungi tempoh itu. Saya akan menyambung tugas Perdana Menteri selepas cuti berakhir,” katanya dalam kenyataan menerusi e-mel.

Ardern tinggal serumah dengan pasangannya, Clarke Gayford, seorang pengacara televisyen tempatan dan mereka pernah mempunyai seekor kucing bernama Paddle yang maut dilanggar kereta akhir tahun lepas.

Menganut fahaman Agnostic setelah meninggalkan ajaran Kristian kerana konflik pandangan peribadinya yang menyokong hak LGBT, Ardern merupakan wanita termuda di dunia dilantik sebagai ketua kerajaan.

Pemimpin Parti Buruh berusia 37 tahun itu menjadi Perdana Menteri ke-40 negara tersebut pada 26 Oktober lalu, menamatkan penguasaan Parti Kebangsaan selama hampir sedekad. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: New Zealand
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gempa Bumi 6.2 Magnitud Landa Barat Daya New Zealand

Gempa Bumi 6.2 Magnitud Landa Barat Daya New Zealand

29/04/2025
0

ISTANBUL - Gempa bumi berukuran 6.2 magnitud menggegarkan kawasan berhampiran bandar Bluff di barat daya New Zealand, lapor Anadolu Ajansi...

NZ Mansuhkan Larangan Hisap Rokok Untuk Generasi Akan Datang

NZ Mansuhkan Larangan Hisap Rokok Untuk Generasi Akan Datang

28/11/2023
0

AUCKLAND: New Zealand bakal membatalkan larangan untuk generasi akan datang menghisap rokok yang mendapat pujian seluruh dunia, sebelum ini. IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd