• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Lancar Rangka Pembangunan Labuan 2030

oleh Ahmad Albab
19/01/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LABUAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Rangka Tindakan Pembangunan Labuan 2030 iaitu pelan pembangunan hala tuju ekonomi pulau bebas cukai Labuan.

Pelan pembangunan yang direka khas untuk metransformasikan landskap ekonomi secara total Labuan itu menggariskan kepada tiga fokus utama iaitu pembangunan ekonomi, sosial dan fizikal.

Najib berkata pelan pembangunan yang menggariskan pelbagai projek pembangunan meliputi pembangunan persisiran pantai sehinggalah pembangunan fizikal kawasan bandar itu akan melihat kepada perubahan ekonomi Labuan.

“Usaha untuk mempelbagaikan sumber ekonomi pulau ini perlulah direncanakan, kalau tidak, Labuan tidak mungkin dapat mara ke hadapan setanding dengan tempat-tempat lain.

“Kita berhutang kepada warga Labuan ini, kerana antaranya, Labuan merupakan kubu kuat kerajaan Barisan Nasional (BN),” katanya pada pelancaran Rangka Tindakan Pembangunan Labuan 2030 itu yang dihadiri lebih 15 ribu warga Labuan.

Katanya antara projek berimpak tinggi yang dimasukkan dalam rangka tindakan pembangunan itu adalah cadangan pembinaan jambatan yang menghubungkan Labuan dengan tanah besar Sabah melalui Menumbok.

“Walaupun ada orang kata, kalau kita lihat dari segi kos pembinaannya mungkin tidak begitu berdaya maju, tetapi kerajaan tidak melihat kepada kadar pulangan sahaja, tetapi kita mahu melihat pembangunan secara keseluruhannya, kerana kita tidak boleh menganggarkan jumlah sesuatu,” katanya.

Najib berkata sekiranya jambatan ini menjadi pemangkin kepada perubahan pembangunan ekonomi Labuan, kerajaan persekutuan tidak melihat halangan untuk meluluskan pembinaannya.

“Sekiranya jambatan ini boleh merancakkan kegiatan ekonomi, membolehkan penduduk mempunyai akses mudah ke tanah besar Sabah dan begitu juga dari tanah besar mudah ke pulau ini, dan jambatan ini boleh menggalakkan pelaburan, maka berbaloilah kita membina jambatan ini,” katanya.

Beliau berkata sebaik sahaja Kajian Kebolehlaksanaan Tekno-Ekonomi cadangan pembinaan jambatan itu siap, dan kerajaan BN terus memerintah selepas Pilihan raya Umum Ke-14, adalah tidak mustahil jambatan berkenaan diteruskan pembinaannya.

“Mudah-mudahan keputusan pada hari tertentu (PRU14) nanti, merupakan keputusan yang menyebelahi kerajaan yang ada pada hari ini, Insya-Allah kita semua akan kembali di sini untuk melancarkan pembinaan jambatan Labuan yang sememangnya dekat di hati warga Labuan,” katanya.

Najib berkata adalah menjadi harapan beliau rangka tindakan pembangunan Labuan itu akan mengenal pasti projek-projek yang boleh menyumbang kepada kadar pertumbuhan pulau ini dan memberi keselesaan rakyat Labuan.

“Saya difahamkan akan ada taman tema di Tg Purun dan pembangunan semula berhadapan antai yang menyaksikan kepada pembangunan ‘Esplanade Labuan’.

“Selain itu, saya juga difahamkan akan ada pembinaan kedai-kedai yang menjual barang berjenama antarabangsa yang kita yakin akan menggalakkan sektor pelancongan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakLabuan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Akan Rayu Keputusan Ketepi Permohonan Jalani Baki Hukuman Penjara Di Rumah

Najib Akan Rayu Keputusan Ketepi Permohonan Jalani Baki Hukuman Penjara Di Rumah

22/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan semakan kehakiman difailkan bekas Perdana...

Mayat Kanak-kanak Ditemui Dalam Kereta Ditinggalkan Di Labuan

Mayat Kanak-kanak Ditemui Dalam Kereta Ditinggalkan Di Labuan

28/11/2025
0

LABUAN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun ditemukan maut dalam kereta yang ditinggalkan di kawasan perindustrian Kampung Muslim, di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd