• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKNS FC Dapatkan Khidmat Anderson, Acosta

oleh AK-47
10/01/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Kelab Liga Super, PKNS FC hari ini memperkenalkan dua pemain import baharu mereka bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2018 yang bermula 3 Febi ini.

Dua pemain berkenaan adalah bekas pemain pertahanan Kedah, Zac Anderson dari Australia serta pemain tengah kelahiran Argentina, Jonathan Leonel Acosta yang sebelum ini beraksi dengan kelab Liga Colombia, Jaguares de Cordoba.

Kedua-dua pemain berkenaan menandatangani kontrak selama setahun bersama pasukan berkenaan.

Bercakap pada sidang media, Ketua Jurulatih PKNS FC, Datuk K. Rajagobal yakin kehadiran dua pemain berkenaan akan memberi lebih kekuatan kepada skuad Semut Merah itu untuk memberi saingan kepada pasukan lain dalam saingan Liga Super.

“Zac merupakan pemain berpengalaman dan mempunyai kualiti kepimpinan yang baik dan saya yakin dengan kelebihan fizikalnya yang akan membantu memperkukuhkan barisan pertahanan kita.

“Jonathan pula mempunyai kredibiliti tersendiri selain kreatif beraksi di jentera tengah dan saya percaya beliau boleh membantu pasukan kita mencapai kejayaan pada musim ini,” katanya pada majlis menandatangani kontrak dua pemain itu di Kompleks Sukan PKNS di sini.

Kehadiran dua pemain berkenaan menyaksikan PKNS FC kini mempunyai empat pemain import setelah mereka menandatangani pemain antarabangsa Singapura, Muhammad Faris Ramli dari Home United dan penyerang skuad bawah 20 tahun Colombia, Ramon Morales Ramirez yang sebelum ini beraksi dengan kelab Argentina, Banfield, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Rajagobal memaklumkan beliau masih mencari pemain import kelima walaupun terdapat khabar angin yang mendakwa seorang lagi bekas pemain Kedah, Ken Ilso Larsen dilaporkan berminat untuk menyertai kelab berkenaan, musim ini.

“Saya tidak berapa pasti mengenai perkara berkenaan kerana saya akan menguji setiap pemain import yang datang untuk mencuba nasib sebelum kita memutuskan sama ada untuk menandatangani pemain berkenaan atau tidak,” tegas Rajagobal yang merupakan bekas pengendali skuad senior kebangsaan.

PKNS FC telah mengadakan dua aksi persahabatan pramusim setakat ini yang menyaksikan mereka kalah 1-0 kepada juara Liga Perdana 2017, Kuala Lumpur dan menang 3-1 ke atas wakil Perak, PKNP FC pada aksi kedua, baru-baru ini. — BERNAMA

Tags: Jonathan Leonel AcostaZac Anderson
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd