• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Petani Pahang Dilarang Bawa Masuk Benih Luar Negara

oleh Ahmad Albab
19/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Petani di negeri ini dilarang membawa masuk benih padi dari luar negara secara haram bagi memastikan tiada penyakit baharu dan serangga perosak menyerang tanaman itu di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani Pahang Datuk Seri Shafik Fauzan Sharif berkata walaupun setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai perkara itu, kegiatan berkenaan tetap dipantau dari semasa ke semasa.

“Sekiranya petani mempunyai maklumat mengenai kegiatan penanaman benih padi haram ini, mereka dikehendaki membuat laporan kepada pihak yang berkenaan untuk tindakan susulan.

“Kemasukan benih padi asing secara haram tanpa melalui pemeriksaan dan kuarantin akan membawa masuk sama penyakit dan penggunaan benih tidak sah ini juga boleh menyebabkan kehilangan hasil yang teruk,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian bantuan musim tengkujuh Persatuan Nelayan Kawasan Kuantan di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dekat sini, hari ini.

Rabu lalu Jabatan Pertanian Perlis membongkar kegiatan penanaman padi ‘Black Madras’, sejenis padi asing berwarna hitam dikatakan berasal dari Korea, yang ditanam secara haram di Tambun Tulang, Perlis.

Benihnya yang dipercayai dibawa masuk secara haram dikesan oleh agensi tersebut setelah pemiliknya mula mengiklankan penjualan benihnya di Facebook beberapa hari lalu.

Sementara itu pada majlis berkenaan, seramai 1,200 nelayan dari kawasan Parlimen Kuantan dan Indera Mahkota menerima bantuan musim tengkujuh berupa barang makanan dan beras daripada Persatuan Nelayan Kawasan Kuantan.

Bantuan yang keseluruhannya bernilai RM96,000 diagihkan sebagai antara usaha meringankan bebanan nelayan yang tidak dapat keluar ke laut berikutan keadaan laut yang bergelora.

“Selain kos sara hidup yang diberi kerajaan, ini adalah bantuan kepada ahli hasil keuntungan dan pelaburan persatuan. Mereka (persatuan) tak guna duit kerajaan, tapi guna duit sendiri (persatuan). Ini adalah satu bentuk bantuan kebajikan untuk jaga setiap ahli,” katanya.

Sementara itu, Shafik berkata isu projek perumahan nelayan di Bunut Rendang di sini yang berlarutan lebih 20 tahun lalu dijangka selesai pada Ogos nanti.

“Semua maklum ia (projek) dah terlalu lama terbengkalai, jadi saya sedang menyelesaikan masalah lama agar nelayan terus dapat manfaat daripada kerajaan dan sebanyak 154 buah unit rumah di situ sedang dalam proses pemulihan melibatkan kos sebanyak RM35,000 bagi setiap buah,”katanya. – BERNAMA

Tags: Petani
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Parti Pemerintah Thailand Janji Beri Duit Kepada Petani Jika Menang PRU

Parti Pemerintah Thailand Janji Beri Duit Kepada Petani Jika Menang PRU

28/04/2023
0

BANGKOK : Parti pemerintah Thailand, Palang Pracharath (PPRP) yang pengaruh politiknya semakin berkurangan mengumumkan ikrar kempen baharu yang mengejutkan iaitu...

Petani California Mengaku Bunuh 7 Rakan, Dakwa Sakit Mental

Petani California Mengaku Bunuh 7 Rakan, Dakwa Sakit Mental

28/01/2023
0

LOS ANGELES: Lelaki yang dituduh membunuh tujuh rakan sekerja ladang di California memberitahu wartawan Amerika Syarikat bahawa dia sememangnya bersalah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd