• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pertubuhan Pelancongan ASEAN Fokus Tarik Pelabur

oleh AK-47
25/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

CHIANGMAI – Pertubuhan Pelancongan Kebangsaan ASEAN (NTO) telah bersetuju dengan inisiatif yang konkrit bagi mengembangkan lagi kemudahan dan infrastruktur pelancongan dengan memberi tumpuan menarik pelaburan kepada kumpulan serantau berkenaan.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, perjanjian yang dicapai NTO semasa mesyuarat dua hari lepas sudah pasti satu hala tuju yang tepat untuk ASEAN menuju masa depan.

“Dengan keluarga ASEAN yang kini terdiri daripada lebih 600 juta orang, kita perlu meningkatkan kerjasama bagi mencapai kestabilan ekonomi,” katanya semasa ucapan intervensi pada mesyuarat ke-21 Menteri Pelancongan ASEAN di sini hari ini.

Selaras dengan kerjasama ini, beliau berkata Malaysia akan menganjurkan bersama Seminar Pelaburan kali pertama ASEAN+3 dengan kerjasama ASEAN-Korea Centre di Seoul, tahun ini.

Mesyuarat itu yang dihadiri semua menteri pelancongan ASEAN dipengerusikan Menteri Pelancongan Thailand Weerasak Kowsurat.

Mohamed Nazri berkata Malaysia juga menyokong penuh inisiatif “Accessible Tourism For All” (Pelancongan Yang Mudah Diakses Untuk Semua) yang dibincangkan semasa mesyuarat NTO ASEAN.

Malaysia akan bekerjasama dengan kumpulan serantau dalam menyediakan akses yang lebih baik kepada orang kurang upaya, warga emas dan kanak-kanak bagi menikmati tawaran pelancongan.

Dalam ucapannya, Mohamed Nazri juga mengumumkan bahawa Malaysia akan mengadakan Tahun Melawat Malaysia pada 2020 dengan slogan, “Travel. Enjoy. Respect” (Kembara, Gembira, Hormat).

Katanya slogan itu selaras dengan yang digunakan oleh Pertubuhan Pelancongan Sedunia Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNWTO) dalam menggalakkan pembangunan pelancongan lestari di seluruh dunia. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

“Hubungan Kami Baik Sahaja, Tiada Masalah” – Farid

Next Post

Dokumen Palsu: Bekas Pengarah Didenda RM30,000

Related Posts

Jangan Salahkan SPRM Dengan Penahanan Pemimpin UMNO

22/10/2018
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak wajar dipersalahkan dalam siri siasatan dan penahanan pemimpin UMNO sejak kebelakangan...

Saya Tegar UMNO, Tidak Tinggalkan Parti

19/09/2018
0

IPOH - Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menegaskan, beliau merupakan ahli UMNO yang tegar dan menolak...

Next Post

Dokumen Palsu: Bekas Pengarah Didenda RM30,000

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd