• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pertemuan Sajat – Jakim Dianggap Positif

oleh
17/01/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

UMUM maklum, Nur Sajat menyambut baik pelawaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengadakan pertemuan berhubung isu jantina yang didakwa menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat.

Susulan perkara itu, kehadiran beberapa pegawai Jakim ke premis perniagaan milik Nur Sajat pada petang Selasa telah menimbulkan pelbagai persepsi dan seribu tanda tanya kepada orang ramai.

Pun begitu, usahawan terkenal itu dilihat tidak lokek untuk berkongsi serba sedikit ‘inti pati’ mengenai pertemuan secara tertutup berkenaan.

Alhamdulillah. Selesai terima ziarah daripada wakil Jakim. Ada penyelesaiannya. Insyallah…doakan yang terbaik. #alhamdulillah #doakanyangbaikbaik #jakim #2018

A post shared by NUR SAJAT COACHYIN (@nursajat02) on Jan 16, 2018 at 1:05am PST

Menurut Sajat, kunjungan diketuai Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti, Jakim, Dr. Mohd Izwan Md Yusof merupakan sebahagian daripada proses perkenalan.

Katanya, pertemuan yang berlangsung selama satu jam itu diadakan dalam keadaan aman tanpa sebarang soalan provokasi yang mana lebih ke arah mengenal siapakah diri Nur Sajat yang sebenar.

“Perjumpaan semalam tidak ada sebarang topik panas yang dibincangkan. Hanya sekadar sesi perkenalan untuk mengenal lebih lanjut siapa Sajat.

“Saya dan kedua-dua ibu bapa menyambut kedatangan Jakim sama seperti tetamu lain. Sebagai tuan rumah, orang datang tempat kita, harus dilayan baik-baik,” katanya dipetik mStar Online.

Sementara itu ditanya mengenai adakah Jakim mendapat pengesahan berhubung identiti dirinya, Nur Sajat bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Sebaliknya ‘wanita’ tersebut lebih berasa selesa untuk tidak berkongsi rahsia semua perkara mengenai pertemuan secara dua hala itu.

“Maaf ya, apa yang kami bincangkan rasanya biarlah hanya diketahui oleh kami sahaja dan tak perlu untuk dikongsi semuanya.

“Secara keseluruhannya, pertemuan kami membawa makna sangat positif dan Insya-Allah akan ada jalan penyelesaian,” katanya.

Tambahnya, beliau mengambil pendekatan untuk ‘berpuasa mulut’ berhubung hal itu kerana sedar akan sikap segelintir orang ramai lebih gemar menjadi ‘malaikat penghukum’ berbanding memberi kata-kata semangat.

Ekoran itu, beliau lebih selesa untuk mengadakan perjumpaan secara tertutup dan tidak terlalu terbuka berhubung hal tersebut.

“Netizen hanya tahu mengkritik dan menghentam. Apa sahaja kita lakukan ada yang tak kena di mata mereka.

“Jadi lebih baik saya diam dan tak perlu nak komen lebih-lebih!” ujar pengasas kosmetik Let’s Cantik itu.

Dalam perkembangan lain, Sajat turut tidak menolak kemungkinan bahawa akan ada lagi pertemuan lain dengan pihak Jakim pada masa akan datang.

Bagaimanapun katanya, beliau masih belum dapat berkongsi tarikh dan waktu mengenai perjumpaan selanjutnya. – MYNEWSHUB.CC/AM 

Tags: Nur Sajatsajat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sajat Kongsi Gambar Di Hospital, Luah Rasa Sunyi Ketika Sakit

Sajat Kongsi Gambar Di Hospital, Luah Rasa Sunyi Ketika Sakit

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Usahawan selebriti, Nur Sajat Kamaruzzaman mencetuskan perhatian ramai apabila berkongsi status menyayat hati dari sebuah hospital, sekali...

Sajat Dikehendaki Hadir Mahkamah 22 Februari

08/02/2022
0

Ampang : Usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat masih dikehendaki polis bagi membantu siasatan kes...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd