• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perodua Sasar Jualan 209,000 Unit Pada 2018

oleh Ahmad Albab
19/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengeluar kereta tempatan, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) menjangka jualan meningkat sebanyak dua peratus kepada 209,000 unit pada tahun ini berbanding 204,900 unit pada tahun lepas.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata pertumbuhan tersebut akan dipacu terutamanya oleh jualan model Myvi dan Axia.

“Kami menjangka lebih banyak pendaftaran pada masa akan datang,” katanya kepada pemberita pada ulasan mengenai prestasi tahunan syarikat itu di sini hari ini.

Beliau berkata edisi Myvi yang terbaharu, dilancarkan pada November tahun lepas, telah mendapat lebih 36,000 tempahan dan lebih 11,000 unit telah diserahkan.

Daripada jumlah tempahan yang dibuat bagi Myvi, katanya sebanyak 85 peratus bagi varian 1.5 liter dan 15 peratus bagi varian 1.3 liter.

Perodua turut dijangka menerajui pasaran dengan 35 peratus bahagian pasaran pada tahun ini, katanya, sambil menambah pengeluaran diunjurkan meningkat sebanyak lapan peratus kepada 215,000 unit.

Aminar Rashid berkata syarikat turut merancang untuk meningkatkan lagi perniagaan selepas jualannya untuk memenuhi jumlah pelanggan yang dijangka meningkat.

“Langkah ini akan dilakukan dengan menaik taraf kemudahan sedia ada untuk mempunyai lebih banyak ruang dan meningkatkan lagi kecekapan kakitangan kami.

“Ini akan mengurangkan masa menunggu pelanggan kami dan pada masa sama meningkatkan pengambilan,” katanya, sambil menambah pendapatan servis dijangka meningkat tiga peratus pada tahun ini.

Selain itu, pengambilan servis dijangka berkembang sebanyak 1.9 peratus kepada 2.14 juta pada tahun ini serta pendapatan alat ganti dan aksesori diunjurkan meningkat sebanyak dua peratus.

Mengenai prestasi pada 2017, katanya jumlah jualan merosot sedikit daripada 207,100 dicatatkan pada 2016 tetapi bahagian pasaran kekal pada 35 peratus.

Pendapatan servis naik 12 peratus, pendapatan alat ganti dan aksesori meningkat tujuh peratus, pengambilan servis menokok tiga peratus, bagaimanapun pengeluaran susut enam peratus kepada 200,000.

Eksport merosot 20 peratus kepada 3,766 unit berbanding 4,696 unit pada tahun sebelumnya berikutan persaingan di Indonesia, katanya. – BERNAMA

Tags: Perodua
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perodua Traz 2026 Dikhabarkan Bakal Dilancar Minggu Hadapan

Perodua Traz 2026 Dikhabarkan Bakal Dilancar Minggu Hadapan

14/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Dunia automotif tempatan kembali hangat apabila sebuah model baharu yang didakwa sebagai Perodua Traz 2026 mula tular...

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

25/09/2025
0

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd