• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perketat Undang-Undang Terhadap Berita Palsu

oleh AK-47
26/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Penguatkuasaan undang-undang terhadap penyebaran berita palsu melalui pelbagai platform media sosial perlu diperketatkan, kata Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata kerajaan perlu mengambil langkah sewajarnya bagi mengelak ia merosakkan sistem demokrasi serta ekonomi negara yang akhirnya akan menyebabkan rakyat menjadi mangsa akibat perbuatan tidak bertanggungjawab sesetengah individu.

“Penyebaran berita palsu ini nampaknya menjadi modal bagi sesetengah pihak untuk merebut kuasa dengan cara tidak beretika. Mereka cuba mempengaruhi rakyat dengan berita tak betul.

“Ada juga penyebaran berita palsu yang bertujuan menakut-nakutkan pelabur dari luar, dengan mendakwa Malaysia (kononnya) akan bankrap dan sebagainya. Tindakan sebegini akan membunuh demokrasi,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis kesyukuran dan penyampaian bantuan bersama penduduk di kawasan Parlimen Ketereh di kediamannya di Seri Puri, Bukit Marak, di sini hari ini.

Annuar, yang juga Anggota Parlimen Ketereh berkata kerajaan perlu mengikut jejak langkah beberapa negara luar yang berusaha memperkenalkan undang-undang lebih tegas untuk membendung berita palsu.

Dalam pada itu, beliau berkata Barisan Nasional (BN) memperkenalkan prosedur operasi standard (SOP) yang menetapkan tempoh maksimum selama empat jam bagi menjawab setiap penularan berita palsu terutama bagi menangkis fitnah yang dilemparkan pembangkang.

“Setiap berita palsu yang sampai dekat kita, kita akan respons dalam tempoh tak sampai empat jam. Kita akan buat pembetulan (terhadap sebarang tuduhan) walaupun tahu ia bukan merupakan kerja yang mudah.

“Saya jangkakan semakin hampir Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) gejala ini akan terus meningkat termasuk kemungkinan ada rancangan (pihak tertentu) untuk menyebarkan berita palsu di saat-saat akhir hingga menyebabkan kita tiada masa untuk memperbetulkan fitnah dan memberi kelebihan kepada mereka,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Annuar berkata 300 Ketua Penerangan BN akan mengambil bahagian dalam konvensyen selama dua hari bermula esok di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur yang bertujuan memberi maklumat tepat berkaitan beberapa isu seperti Felda, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), ekonomi dan keselamatan. – BERNAMA

Tags: Tan Sri Annuar Musa.UMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN –  Puad Zarkashi

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN – Puad Zarkashi

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti MIC tidak berada dalam kedudukan selamat jika mengambil keputusan untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) Ahli Majlis...

PAS Mahu Muafakat UMNO PAS, Bukan Muafakat UMNO DAP PKR – Annuar Musa

PAS Mahu Muafakat UMNO PAS, Bukan Muafakat UMNO DAP PKR – Annuar Musa

12/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - "Mari kita duduk berdua dulu tentukan apa yang boleh di capai kesepakatan terutama antara UMNO...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd