• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perak Ikat Pemain Azkals, Bahadoran, Luiz

oleh AK-47
11/01/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Ketua pasukan skuad kebangsaan Filipina (Azkals), Misagh Bahadoran dan pemain kelahiran Brazil, Wander Luiz sah menjadi milik pasukan Liga Super Perak bagi saingan kempen Liga Malaysia (Liga-M) 2018 yang bermula 3 Februari ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan berkata pemain tersebut sah menjadi milik ‘The Bos Gaurus’ selepas mendapat persetujuan daripada pengendali pasukan, Mehmet Durakovic.

Menurutnya, pengalaman yang ada pada kedua-dua pemain itu juga boleh dijadikan sebagai faktor untuk membantu Perak memenangi salah satu piala sepertimana yang dihasratkan.

“Bahadoran merupakan kapten skuad Azkals sejak lima tahun lalu sehingga kini selain pernah beraksi dalam saingan Piala AFC ketika mewakili Kelab Global Cebu FC dalam liga Filipina.

“Luiz pula merupakan bekas pemain Kelantan bagi musim 2016 dan pada musim lalu beliau beraksi dalam Liga Profesional Arab Saudi untuk kelab Al-Raed,” katanya dalam sidang media di Menara Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini hari ini.

Sebelum ini, Perak turut mengekalkan khidmat dua pemain import dari Brazil iaitu Leandro Dos Santos Olivera dan Gilmar Jose Da Silva Filho.

Mengulas mengenai satu kuota import yang masih kosong, Abdul Puhat berkata Mehmet sedang meneliti beberapa calon dan segala urusan berkaitan perkara itu akan diselesaikan dalam masa empat atau lima hari lagi.

Sementara itu, Mehmet berkata beliau berpuas hati dengan aksi dipamerkan kedua-dua pemain import berkenaan terutama ketika aksi persahabatan menentang Felcra FC pada 7 Jan lalu dan MOF FC, semalam.

Katanya, walaupun percaya kepada impak yang bakal dipamerkan, namun beliau mahu para penyokong memberi masa untuk kedua-dua pemain import itu menyesuaikan diri dengan strategi dan keadaan sekeliling.

Mehmet, yang merupakan bekas pemain dan ketua jurulatih Selangor, juga yakin Perak akan berjaya memenangi sekurang-kurangnya satu piala dengan gabungan barisan pemain lama dan baharu yang menyarung jersi pasukan.

“Aksi pada musim ini lebih kompetitif di tambah dengan setiap pasukan cuba memancing pemain-pemain terbaik, jadi akan menambahkan lagi saingan. Namun, saya percaya kita mampu bersaing dan melakar kejutan untuk memenangi salah satu piala yang diidamkan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Stadium Perak Dicadang Zon Larangan Merokok

11/04/2018
0

IPOH – Kerajaan negeri bercadang mewartakan Stadium Perak sebagai zon larangan merokok bermula dengan aksi pusingan kedua Piala FA 2018...

Carmen Lim Perbaharui Rekod Asia Tenggara

11/04/2018
0

GOLD COAST – Perenang para negara, Carmen Lim yang membuat penampilan sulung di Sukan Komanwel Gold Coast, mencapai sasaran peribadinya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd