• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyertaan Di Tabika Transit Kemas Hanya Opsyenal

oleh AK-47
08/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANTING – Penyertaan kanak-kanak di Tabika ‘transit’ Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) bermula Isnin hanyalah opsyenal dan bukan wajib, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata pewujudan tabika transit bermula pukul 1 tengah hari hingga 5 petang itu bertujuan membantu ibu bapa bekerja yang tidak mampu mengupah pengasuh menjaga anak-anak mereka selepas tamat sesi persekolahan tabika pada pukul 12.30 tengah hari.

Sepanjang tempoh transit itu, pelbagai aktiviti pengisian, hasil perbincangan ibu bapa dan Jawatankuasa Tabika masing-masing, akan dijalankan dan digunakan sebagai platform pembelajaran tambahan kepada kanak-kanak yang menyertainya.

Ismail Sabri berkata aktiviti pengisian di tabika transit Kemas itu mungkin akan membabitkan yuran tambahan untuk membayar khidmat guru terlibat tetapi akan dipastikan ia tidak membebankan ibu bapa.

“Mana-mana ibu bapa yang tidak berkaitan atau tidak berminat untuk melibatkan anak-anak di tabika transit boleh ambil anak seperti biasa selepas waktu persekolahan.

“Pembelajaran pada waktu transit ini tidak sama dengan sesi persekolahan pagi. Pengisiannya boleh jadi belajar bahasa, Fardu Ain, seni mempertahankan diri dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Buku Garis Panduan Amalan Kebersihan Tabika Kemas, di Tabika Kemas Ain Balqis, Kampung Jenjarom, di sini.

Antara 27 Tabika Kemas di seluruh negara yang dipilih sebagai projek rintis tabika transit adalah di Putrajaya; Gombak, Selangor; Tangkak, Johor; Kubang Pasu, Kedah; Teluk Kemang, Negeri Sembilan; Kota Kinabalu, Sabah dan Kuching, Sarawak.

Menurut Ismail Sabri, sekiranya 27 tabika itu menunjukkan keberkesanan dalam meringankan beban golongan ibu bapa bekerja, ia mungkin akan diperluaskan ke semua Tabika Kemas di seluruh negara pada masa depan.

Mengenai buku garis panduan amalan kebersihan, Ismail Sabri berkata ia dihasilkan sebagai manual kepada pemaju masyarakat (guru tabika) untuk mendidik, melatih dan menerapkan nilai penjagaan kebersihan secara lebih menyeluruh kepada kanak-kanak sepanjang mereka berada di sekolah.

“Kanak-kanak akan dilatih dengan tanggungjawab ringan seperti mengelap meja atau membasuh pinggan dan cawan yang mereka gunakan selepas makan supaya mereka faham pentingnya menjaga kebersihan serta menjadikannya satu kebiasaan dalam kehidupan seharian.

“Namun langkah ini bukan untuk menjadikan kanak-kanak yang buat semua kerja pembersihan di tabika, pembantu tabika masih berkhidmat, tetapi inisiatif tersebut sebagai latihan untuk menyemai peribadi masyarakat yang berdisiplin pada masa depan,” katanya.

Buku garis panduan amalan kebersihan, yang pertama kali dihasilkan, akan diedarkan ke semua 11,206 kelas Tabika Kemas seluruh negara sebagai sebahagian daripada modul pembelajaran secara tidak formal kanak-kanak mulai tahun ini. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Ismail Sabri YaakobTabika Kemas
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kerusi Parlimen Pakatan Hanya Untungkan DAP

Next Post

Erry Hidayat Ganti Hafifi Ke Sukan Komanwel

Related Posts

Cadang Struktur Tangga Gaji Tenaga Pengajar Tabika Kemas

Cadang Struktur Tangga Gaji Tenaga Pengajar Tabika Kemas

31/05/2023
0

PUTRAJAYA - Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bercadang untuk melakukan penstrukturan tangga gaji tenaga berasaskan kelulusan pengajar Taman Bimbingan...

Penjawat Awam Perlu Pertahan Kerajaan

Kenaikan Elaun Pembantu Tabika Kemas Diketahui Hujung Tahun

16/08/2022
0

Putrajaya : Keputusan berhubung kenaikan elaun pembantu Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) akan diketahui selewat-selewatnya hujung tahun...

Next Post

Erry Hidayat Ganti Hafifi Ke Sukan Komanwel

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd