• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengendali Umrah Dinasihat Tak Anjur Lawat Ladang Unta

oleh Ahmad Albab
03/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Syarikat pengendali pakej umrah dan ziarah dinasihatkan tidak menganjurkan lawatan ke ladang unta bagi mengelakkan jangkitan Sindrom Pernafasan Virus Korona Timur Tengah (MERS-CoV), kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam.

Beliau berkata lawatan ke ladang haiwan itu boleh mendatangkan risiko jangkitan MERS-CoV kepada jemaah umrah kerana jangkitan respiratori yang disebabkan oleh virus korona disyaki berpunca daripada unta.

Menurutnya, perkara tersebut dibangkitkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini dan pihak kementerian menasihatkan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dan Jabatan Perdana Menteri (Bahagian Agama) untuk menasihatkan agensi pelancongan agar tidak menyediakan pakej lawatan ke ladang unta.

“Kementerian Kesihatan tidak boleh mengeluarkan larangan, jadi saya meminta kerjasama dua kementerian itu agar perkara ini boleh diumum dan dimaklumkan kepada jemaah umrah agar tidak perlu melawat ladang unta (di Tanah Suci) bagi mengelakkan daripada dijangkiti MERS-CoV,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Menurutnya, kedua-dua kementerian itu memberikan respon positif dan akan mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan jangkitan MERS-CoV dalam kalangan jemaah umrah, jemaah haji dan pelawat dapat dicegah.

Mengulas lanjut, Dr Subramaniam berkata seorang lelaki warga Malaysia yang disahkan dijangkiti MERS-CoV telah dimasukkan ke wad isolasi di Hospital Sungai Buloh dan keadaannya dilaporkan stabil serta tidak bergejala.

Beliau berkata sejak 30 Dis lepas, pihaknya telah menjalankan aktiviti kawalan dan pencegahan termasuk pengesanan kontak seramai 70 orang melibatkan anggota keluarga serumah, saudara mara, sahabat handai dan anggota kumpulan pakej umrah yang disertai oleh lelaki berusia 55 tahun itu.

Aktiviti pengesanan turut dijalankan terhadap anggota kesihatan yang mengendalikan kes di klinik swasta yang dilawati dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang serta penumpang-penumpang yang duduk berhampiran dengannya bagi perjalanan pulang ke Malaysia pada 23 Dis lalu, katanya.

Daripada 70 orang itu, sembilan kontak mempunyai gejala ringan dan telah dimasukkan ke dalam wad isolasi serta didapati keputusan sampel mereka adalah negatif MERS-CoV, manakala 41 kontak rapat yang tiada gejala pula diletakkan di bawah arahan pengawasan di rumah iaitu selama dua minggu dari hari terakhir mereka mempunyai kontak dengan pesakit positif MERS-CoV, katanya.

“Bakinya yang tidak ada gejala telah diambil sampel dan kesemuanya adalah negatif,” katanya.

Berhubung banjir pula, Dr Subramaniam berkata setakat ini tiada kemudahan kesihatan dan hospital di negeri-negeri dilanda banjir yang terjejas.

Beliau berkata pasukan perubatan juga telah ditempatkan di setiap pusat pemindahan di negeri yang terjejas banjir bagi memastikan mangsa menerima makanan dan minuman yang bersih selain mengekang kemungkinan penularan penyakit berjangkit.

“Kita akan terus memantau dan memeriksa di pusat-pusat pemindahan bagi menghindari jangkitan penyakit, wabak dan kes berisiko serta meningkatkan tahap keselamatan mutu air minum dan makanan,” katanya. – BERNAMA

Tags: MERS-CoVunta
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Suruhanjaya Siasatan Tanah Runtuh Diwartakan

Next Post

Azmin Dijangka Bertanding Di Parlimen Shah Alam

Related Posts

Pertandingan Ratu Cantik Unta Tawar Hadiah RM133 Juta

29/10/2018
0

RIYADH – Pertandingan ratu cantik unta yang diadakan setiap tahun menarik minat ramai peserta apabila hadiah lumayan bernilai AS$31.9 juta...

UAE Lancar Susu Formula Bayi Berasaskan Unta

22/02/2018
0

DUBAI - Sebuah syarikat berpangkalan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) mendedahkan susu tepung unta untuk bayi yang pertama di dunia,...

Next Post

Azmin Dijangka Bertanding Di Parlimen Shah Alam

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd