• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengeluar Berasas Kayu Raih Pulangan Tinggi

oleh Ahmad Albab
21/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR — Pengeluar berasaskan kayu Malaysia boleh menjangkakan pulangan tinggi tahun ini apabila ekonomi-ekonomi di rantau ASEAN semakin mengukuh, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Mah Siew Keong.

Beliau berkata prospek positif itu adalah hasil daripada sokongan permintaan kukuh domestik dan perbelanjaan prasarana di rantau ini.

“Kerajaan menjangkakan pulangan ketara yang kukuh daripada prospek perdagangan ini dan akan melakukan yang terbaik untuk menyokong industri,” katanya pada Malam Media Majlis Perkayuan Malaysia 2018, di sini, hari ini.

Mah berkata kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha dalam memastikan pertumbuhan dan kelestarian industri kayu, termasuk menyediakan insentif kewangan bagi pengimportan benih untuk pembangunan perladangan hutan.

“Kementerian ketika ini juga sedang merangka Pelan Pembangunan Batang Kelapa Sawit Negara yang akan menumpukan kepada penggunaan batang kelapa sawit sebagai bekalan bahan metah alternatif,” katanya.

Industri perkayuan merupakan satu daripada penyumbang utama kepada ekonomi Malaysia. Kayu dan produk berasaskan kayu adalah komoditi ketiga paling penting selepas minyak sawit dan getah.

Eksport kayu dan produk berasaskan kayu meningkat sebanyak 6.8 peratus kepada RM21.4 bilion dalam tempoh Januari-November 2017 berbanding dengan tempoh yang sama pada 2016.

Bagi tempoh 10 tahun lepas, pendapatan eksport tahunan sektor ini bernilai antara RM20 bilion dan RM22 bilion. — BERNAMA

Tags: Mah Siew Keong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mah Masih Presiden Gerakan Yang Sah

21/09/2018
0

ALOR SETAR – Datuk Seri Mah Siew Keong hari ini menjelaskan beliau masih presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) yang...

Mah Nafi Beri Duit Kepada Pengundi Teluk Intan

09/04/2018
0

TELUK INTAN - Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong yang menyandang kerusi Parlimen Teluk Intan hari ini menyelar perbuatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd