• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengawal Pantai Itali Selamatkan Pendatang

oleh Ahmad Albab
12/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ROME – Perkhidmatan pengawal pantai Itali menyelamatkan kira-kira 264 pendatang yang menaiki bot dari pantai Calabria, iaitu taktik terbaharu yang digunakan penyeludup untuk membawa masuk imigran.

Menurut jurucakap perkhidmatan pengawal pantai, bot berkenaan dikesan sebuah pesawat milik agensi sempadan, EU Frontex sebelum penumpangnya diselamatkan di luar bandar Crotone.

Katanya, ia dipercayai dalam perjalanan dari Turki, sebelum dibantukan beberapa bot penyelamat dengan kerjasama kapal British yang bekerja dengan Frontex.

Pada Disember 2014 hingga Januari 2015, penyeludup meninggalkan kira-kira enam kapal besar yang membawa ratusan pendatang di perairan Itali, selepas meletakkan tetapan kapal berkenaan kepada pengemudi automatik.

Bot berkenaan baru memulakan perjalanannya di Turki.

“Jarang kapal besar dilihat di zon ini melainkan perahu layar, ” kata jurucakap berkenaan.

Tahun 2017 disifatkan detik perubahan bagi Itali yang menyaksikan ketibaan skala besar pendatang bagi tempoh enam bulan pertama, sebelum jurang itu semakin berkurangan.

Ia berpunca daripada perjanjian kontroversi dengan Libya, lokasi asal bot terbabit.

Sepanjang tahun lalu, kira-kira 119,00 orang mendarat di Itali dan jumlah berkenaan kira-kira 35 peratus lebih rendah berbanding 2016.

Diisytihar sebagai laluan berbahaya, bulan ini sahaja menyaksikan sekurang-kurangnya 10 pendatang terkorban, manakala 150 lagi termasuk kanak-kanak dipercayai hilang di perairan Libya – AFP/BH ONLINE

Tags: Italipendatang asing
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Trem Terbabas Rempuh Bangunan Di Milan, Dua Maut Dan Puluhan Cedera

Trem Terbabas Rempuh Bangunan Di Milan, Dua Maut Dan Puluhan Cedera

28/02/2026
0

MILAN — Suasana pagi di bandar Milan bertukar kecoh apabila sebuah trem terbabas sebelum merempuh bangunan di kawasan bandar pada...

Italy Hantar Kapal Perang Ke Laut Mediterranean Selepas Serangan Dron Ke Atas Konvoi GSF

Italy Hantar Kapal Perang Ke Laut Mediterranean Selepas Serangan Dron Ke Atas Konvoi GSF

25/09/2025
0

Italy Hantar Kapal Perang Ke Laut Mediterranean Selepas Serangan Dron Ke Atas Konvoi GSF

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd