• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengangkutan Kargo Kereta Api Memacu Perdagangan

oleh AK-47
16/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Usaha untuk meningkatkan perdagangan dua hala Malaysia-Thailand dapat dicapai jika kedua-dua negara jiran itu memanfaatkan sepenuhnya hubungan dan perdagangan yang lebih meluas di sempadan bersama, kata Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Wira Othman Aziz.

Beliau berkata, Malaysia berharap kedua-dua negara dapat merealisasikan cadangan itu bagi menghubungkan Pelabuhan Pulau Pinang dan Pelabuhan Songkla, di selatan Thailand menerusi pengangkutan kargo dengan kereta api.

“Kedua-dua pelabuhan ini boleh menjadi pelabuhan transit utama dan menyediakan laluan alternatif dan lebih pendek untuk pergerakan barangan antara Asia Timur dan Asia Barat serta Eropah Barat,” katanya kepada Bernama selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Malaysia-Thailand di Kementerian Pengangkutan di sini, hari ini.

Menurutnya, mesyuarat itu adakan sebagai respons kepada maklum balas positif yang diterima oleh Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, semasa lawatan kerja beliau ke Thailand September lalu berhubung cadangan Malaysia untuk membangunkan hubungan dan perdagangan yang lebih meluas di sempadannya dengan Thailand.

Cadangan pengangkutan kargo dengan kereta api dan inisiatif lain,katanya, akan menangani kekangan semasa di pusat pemeriksaan sempadan dan meningkatkan daya saing serta kecekapan kargo merentasi sempadan.

“Ia akan memberikan kesan limpahan ekonomi yang saling menguntungkan,” katanya.

Othman berkata, pengangkutan kargo dengan kereta api adalah satu projek besar dan memerlukan penyertaan kedua-dua sektor awam dan swasta Malaysia-Thailand untuk mencapai matlamatnya.

Beliau gembira mendengar rancangan Thailand untuk membangunkan infrastruktur jalan dan kereta api di bahagian selatan negara itu, termasuk landasan keretapi berkembar yang menghubungkan Hat Yai ke Padang Besar.

“Sekiranya rancangan ini berjaya, ia pasti akan mewujudkan hubungan yang lebih baik antara Pelabuhan Songkla dan Pelabuhan Pulau Pinang melalui pengangkutan kereta api,” katanya, sambil menambah bahawa lebih 60 peratus perdagangan dua hala antara Malaysia dan Thailand adalah daripada perdagangan di sempadan.

Menurut Othman, Jawatankuasa Perdagangan Bersama Malaysia-Thailand bersetuju untuk meningkatkan nilai perdagangan dua hala antara kedua-dua negara kepada AS$30 bilion (US$1=RM3.95) tahun ini daripada US$22 bilion pada 2016.

“Selain pengangkutan kargo dengan kereta api yang dicadangkan, Malaysia juga memberi taklimat kepada Thailand pada mesyuarat tersebut mengenai rancangan untuk menubuhkan Zon Ekonomi Sempadan Khas dan Depoh Kargo Darat di Bukit Kayu Hitam untuk memudahkan aliran barangan di sempadan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Wira Othman Aziz
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

McDonald’s Malaysia Tampil Menyantuni Mangsa Banjir

Next Post

Banjir Hampir Pulih, Johor Tutup Bilik Gerakan Bencana

Related Posts

MRT Digunakan 1.8 Juta Penumpang Sejak Beroperasi

12/05/2017
0

KUALA LUMPUR - Seramai 1.8 juta penumpang telah menggunakan Perkhidmatan Mass Rapid Transit (MRT) Sungai Buloh-Kajang (SBK) Fasa 1 sejak...

KTMB Digesa Jalin Kerjasama Tingkat Perkhidmatan

11/04/2017
0

BUTTERWORTH - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) perlu menjalin kerjasama dengan pihak lain bagi mengembangkan perkhidmatan khususnya pengangkutan kargo ke...

Next Post

Banjir Hampir Pulih, Johor Tutup Bilik Gerakan Bencana

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd