• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembangkang Belum Hantar Nama Calon Pada SPRM

oleh AK-47
30/01/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CAKAP mesti serupa bikin. Kalau dengar parti-parti pembangkang memekak pasal rasuah, riuh segala penjuru alam.

Soalnya kenapa dalam bab ini nampak macam slow saja?

Ia sukarela. Apa nak perlu bimbang, ia cuma proses saringan biasa untuk memastikan semua calon untuk pilihanraya umum ke-14 bersih.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki memberitahu wartawan di Kota Bharu pada hari ini (Isnin) bahawa setakat ini pihaknya cuma menerima nama-nama calon dari Barisan Nasional saja untuk saringan.

“Setakat ini, kita hanya menerima beberapa senarai nama yang dikemukakan oleh pihak kerajaan…ia tidaklah lengkap lagi,” katanya.

Namun menurut Azam pihak SPRM setakat ini belum terima sebarang nama dari kalangan parti pembangkang.

Beliau menjelaskan mana-mana parti tidak perlu bimbang untuk menyerahkan senarai calon mereka untuk disaring SPRM kerana agensi itu tidak membocorkan maklumat kepada mana-mana pihak.

“SPRM tidak pernah membocorkan rahsia kepada mana-mana pihak kerana ia membabitkan etika dan amanah yang diberikan kepada kami.

“Kami dengan tangan terbuka sedia untuk membantu mana-mana parti politik (untuk melakukan saringan kepada calon mereka),” katanya.

Dalam perkembangan lain, Azam berkata beliau telah mengarahkan SPRM Perak untuk memulakan siasatan berhubung projek pembinaan dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hutan Melintang yang didakwa kurang memuaskan.

“Saya telah mengarahkan Pengarah SPRM Perak untuk segera memulakan siasatan hari ini dengan mendapatkan dokumen-dokumen lengkap daripada pihak tertentu yang terlibat dalam projek ini.

“Biasanya kes-kes begini melibatkan dokumen, jadi kita perlu meneliti dokumen-dokumen tertentu dahulu. Dalam masa yang sama, kita melihat kepada sudut rasuah ataupun salah guna kuasa dan keputusannya mungkin dapat dilihat dalam tempoh dua atau tiga minggu daripada sekarang,” katanya.

Sabtu lepas, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, ketika merasmikan dewan sekolah berkenaan, menyuarakan rasa tidak puas hatinya dengan projek itu yang didakwanya tidak menepati standard yang dikehendaki.

Pembinaan dewan berharga RM600,000 itu dibina menerusi peruntukan yang disalurkan oleh Jabatan Perdana Menteri.

Ditanya mengenai perkembangan terbaharu berhubung siasatan terhadap pembinaan terowong dasar laut di Pulau Pinang, Azam berkata sebanyak 10 saksi baharu telah dipanggil untuk memberi keterangan.

“Kita masih lagi meneliti aspek-aspek teknikal berhubung perkara ini. Setakat ini, belum ada tangkapan dilakukan,” katanya.

Mengenai Ikrar Bebas Rasuah (IBR) oleh kerajaan Selangor pula, beliau berkata setakat ini, kerajaan negeri berkenaan masih belum melaksanakannya.

“IBR adalah secara sukarela dan kami tidak beri tempoh khusus kepada mana-mana pihak. Terpulang kepada mereka, jika mahu buat IBR, kami sedia untuk memberi kerjasama bagi menjayakannya,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: ahli politikSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

28/01/2026
0

MELAKA: Seorang pegawai kanan tentera ditahan reman selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM150,000 berkait kerja perbekalan bahan mentah...

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Lima individu direman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah membabitkan pelantikan syarikat kroni seorang pegawai kanan Tentera Laut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd