• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemain Cukup Bersedia Galas Cabaran Di China

oleh Ahmad Albab
10/01/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua jurulatih skuad Bawah 23 (B-23) negara, Datuk Ong Kim Swee percaya pemainnya mampu memberi tentangan sengit kepada tiga pasukan negara Arab dalam aksi Kumpulan C Kejohanan Bola Sepak B-23 AFC 2018 di China.

Biarpun bakal menghadapi tugas sukar berdepan pasukan Iraq, Jordan dan Arab Saudi, beliau yakin anak buahnya sudah cukup bersedia menentang lawan mereka itu berdasarkan persiapan dilakukan menjelang kejohanan berkenaan.

“Berdepan tiga pasukan hebat akan memberi pengalaman berharga kepada pemain. Kita tahu kita perlu berusaha keras untuk meraih keputusan positif menentang mereka dan saya percaya, pemain akan menampilkan aksi terbaik dalam kesemua perlawanan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat pengurus pasukan hari ini. Rakaman audio sidang media berkenaan turut diperoleh Bernama.

Mengenai perlawanan pembukaan menentang Iraq di Stadium Changshu esok, Kim Swee mengingatkan anak buahnya supaya tidak terlalu ‘hormat’ berdepan lawan mereka itu yang memiliki rekod baik pada kejohanan tersebut.

“Kita tidak boleh menafikan Iraq sebuah pasukan yang bagus, baik di peringkat remaja dan senior dalam kejohanan AFC, dan saya tidak sabar untuk perlawanan esok menentang mereka.

“Barisan pemain juga sedar kemampuan Iraq pada kejohanan itu berdasarkan rekod mereka sebelum ini, namun jika kita menggunakan strategi yang betul, saya percaya kita boleh mendapat keputusan positif menentang mereka,” jelasnya.

Selepas perlawanan menentang Iraq, skuad Malaysia akan berdepan Jordan pada 13 Jan di venue yang sama, sebelum melengkapkan jadual perlawanan bertemu Arab Saudi di Stadium Kunshan, tiga hari kemudian. – BERNAMA

Tags: Datuk Ong Kim Swee
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Syed Saddiq Akan Berjumpa Kim Swee, Exco Sukan

23/07/2018
0

BANGI - Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan bertemu jurulatih skuad bawah 23 tahun negara (B-23)...

Kim Swee Pilih Baddrol, Rizal Dan Aidil Zafuan

18/07/2018
0

KUALA LUMPUR – Ketua jurulatih skuad bola sepak Bawah 23 (B-23) tahun negara, Datuk Ong Kim Swee memilih dua pemain...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd