• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pakatan Harapan Adalah Pakatan Wayang

oleh AK-47
17/01/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan sebagai sebuah pertubuhan yang sah sebenarnya tidak wujud, sebaliknya hanyalah sebuah “Pakatan Wayang” yang menyaksikan pakatan Tun Dr Mahathir Mohamad dengan empat parti pembangkang, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata wujud Pakatan Wayang itu adalah lebih kepada untuk mengelirukan rakyat mengenai niat sebenar mereka apabila beberapa pemimpin pembangkang terdiri anggota parlimen berpakat dengan Dr Mahathir yang bukannya anggota parlimen.

“Pembangkang sekarang merupakan mereka yang sama yang mahukan Dr Mahathir ditukar ketika menjadi perdana menteri selama 22 tahun.

“Sekarang mereka ini jugalah yang mahukan Dr Mahathir kembali ke tampuk pemerintahan. Adakah mereka fikir orang ramai akan begitu mudah mempercayai mereka?,” soal Salleh menerusi catatan laman blog beliau, hari ini.

Menurut Bendahari UMNO itu kini wujud persepsi umum bahawa Dr Mahathir mahu menggunakan pembangkang untuk meletakkan anaknya Datuk Seri Mukhriz kembali ke landasan politik, sementara pembangkang yang diketuai oleh DAP pula mahu Dr Mahathir memberikan mereka undi Melayu.

“Malah, Mukhriz sendiri mengakui adalah menjadi perkara biasa untuk beliau bercita-cita menjadi perdana menteri.

“Jadi tidak ada Pakatan Harapan sebenarnya. Ia adalah lebih kepada Pakatan Wayang untuk mengelirukan rakyat tentang niat sebenar mereka,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Salleh Said Keruakpakatan harapan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penganalisis: PSB Pesaing Terdekat GPS, Bukan PH

16/12/2021
0

PRN SARAWAK | Parti Sarawak Bersatu (PSB) dilihat sebagai pencabar terdekat gabungan pemerintah, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam pilihan raya...

Kenapa PN Dan PH Kalah Teruk?

21/11/2021
0

Ini sekadar rumusan awal, jangan serius dan sentap pulak. Pertama, mereka ketandusan idea. Tiada tawaran yang benar² boleh menarik perhatian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd