• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nazri Pertahankan Logo Visit Malaysia 2020

oleh AK-47
30/01/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Biarpun netizen menimbulkan reaksi kurang senang terhadap rekaan logo ‘Visit Malaysia 2020’ (Tahun Melawat Malaysia 2020) yang baru diperkenalkan, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan tetap mempertahankan rekaan tersebut.

Menterinya, Datuk Seri Nazri Aziz berkata, kritikan yang dilemparkan berkaitan logo itu bukanlah satu isu.

“Kritikan adalah biasa, kita tidak boleh dapatkan persetujuan rakyat seluruh Malaysia.

“Kalau nak tunggu semua orang setuju, sampai tahun 2020 pun (logo tersebut) tidak akan siap,” katanya ketika dihubungi The Star.

Kata beliau, pihak kementerian tidak membelanjakan sebarang kos ke atas rekaan logo itu kerana ia merupakan rekaan pihak jabatan sendiri.

“Kami memiliki jabatan dalam kementerian sendiri dan mereka bertanggungjawab untuk mereka cipta semua logo sejak Tahun Melawat Malaysia yang pertama (1990) sehingga sekarang yang merupakan logo kelima.

“Kami tidak membayar kepada mana-mana syarikat pengiklanan untuk membuat rekaan tersebut.

“Saya lebih percayakan kakitangan sendiri daripada netizen. Lagipun, ia bukan ditujukan buat orang tempatan, sebaliknya untuk pelancong,” katanya.

Rekaan logo tersebut tular di internet kerana rata-rata netizen beranggapan bahawa ia tidak mencapai standard.

Logo yang kelihatan seperti sekeping setem itu menunjukkan Menara Berkembar Petronas, seekor Orang Utan memeluk seekor monyet dan seekor penyu di pantai menggayakan sepasang cermin mata hitam.

Slogan bagi logo tersebut adalah ‘Kembara, Nikmati, Hormat’.

Ketika ditanya tentang rekaan logo tersebut, Nazri berkata, logo tersebut meliputi ikon yang bertepatan dengan imej negara ini.

“Kami mengekalkan Menara Berkembar Petronas dalam logo kerana ia merupakan produk pelancongan yang paling banyak dirakam di Malaysia.

“Kita harus bangga dengan menara berkembar sama seperti orang Perancis bangga dengan Menara Eiffel.

“Bagi kempen Tahun Melawat Malaysia 2020, kita tidak boleh membuang haiwan itu kerana ia adalah simbolik kepada Malaysia,” katanya. – mStar Online

Tags: Nazri AzizTourism Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelantikan Nazri Dibuat Hampir Setahun Lalu, Kata PM

Pelantikan Nazri Dibuat Hampir Setahun Lalu, Kata PM

11/02/2023
0

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan pelantikan bekas Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz sebagai...

Nazri Aziz Dilantik Duta Ke Amerika

Nazri Aziz Dilantik Duta Ke Amerika

09/02/2023
0

KUALA LUMPUR : Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada 10 Ketua Perwakilan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd