• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Lebih Adil Berbanding Mahathir – PAS

oleh AK-47
14/01/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Parti kedua terbesar orang Melayu yang beragama Islam di negara ini, PAS mengakui bahawa pemerintahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak lebih baik daripada Tun Mahathir Mohamad dalam konteks pembangunan di Kelantan.

Komen tersebut dibuat oleh seorang pemimpin kanan PAS selepas Pakatan Harapan (PH) menamakan Mahathir sebagai calom PM mereka jika menang PRU14.

Menurut Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, ketika zaman Mahathir, Kelantan dianak tirikan, selain pembangunan disekat bagi memberi tekanan kerajaan negeri.

Beliau berkata, pada hari ini, kerjasama di antara kerajaan negeri dan Pusat amat baik sehingga membawa perubahan yang amat positif untuk rakyat.

“Jika kita guna bahasa kasar kita ‘dianak tirikan’ pada waktu itu (zaman Mahathir) tetapi alhamdulilah, era Perdana Menteri sekarang ini hubungan antara negeri dengan pusat bertambah baik.

“Disebabkan itu kita tengok banyak pembangunan berlaku di Kelantan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Pelancaran Petak Kajian Pokok Eucalyptus Negeri Kelantan di Hutan Simpan Betis, Lojing, pada Khamis.

Majilis itu dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Mohd. Amar juga Naib Presiden PAS berkata, walaupun memerintah negeri ini selama 22 tahun namun zaman Mahathir sudah berlalu.

“Bila Pakatan Harapan calonkan Mahathir sebagai PM semula sebenarnya undur ke belakang.

“Dunia hari ini amat berbeza. Zaman dia sudah berlalu,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Dewan Ulamak PAS Selangor, Muhammad Najhan Halim mendakwa parti Islam itu dilayan bagaikan pengemis apabila Pakatan mendapat kuasa.

“Pemimpin parti kawan hanya datang berceramah, berjabat tangan dan bertemu pengundi dan rakyat, tetapi kerja-kerja di sebalik semua itu telah disediakan oleh PAS.

“Jentera PAS sudah serik dengan karenah bermuka-muka bekas rakan politik PAS, sewaktu pilihan raya datang bertemu PAS dengan wajah tanpa bersalah dan merayu bantuan.

“Akan tetapi selepas mencapai kemenangan dan pilihan raya, melayani PAS seumpama peminta sedekah,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, PAS merupakan parti pembangkang terbesar di negara ini dengan mentadbir sebayak 190 kawasan secara aktif, selain mempunyai 7,000 cawangan serta mempunyai keahlian mencecah lebih 1 juta orang hingga kini.

“Keupayaan dan ketumbukan ini usah dipandang enteng kerana dalam kancah politik dan pilihan raya, tenaga manusia adalah faktor terpenting dalam penentuan pergerakan serta operasi parti.

“Beberapa pilihan raya umum dan kecil sebelum ini, PAS berada dalam tahaluf politik dan kerjasama, jentera serta kekuatan semua ahli PAS dikerahkan untuk menyumbang tenaga dan kepakaran kepada parti kawan.

“Malah wang ringgit dan sumbangan derma ahli PAS turut diagihkan untuk memastikan kemenangan rakan politik PAS,” katanya.

Katanya lagi, meskipun PH ditubuhkan dengan penyertaan dua parti baharu iaitu Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), namun ia masih tidak mampu menandingi kekuatan PAS.

“PAS memiliki sesuatu yang mereka tidak miliki iaitu jentera dan aset yang mencukupi.

“Walaupun tidak bersama mereka lagi, PAS mempunyai kelebihan tersendiri dan kepakaran yang mampu mengisi kelompongan dirobek keluar daripada PAS,” katanya lagi. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakKelantanPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan cadangan memotong elaun petrol Ahli Parlimen tidak memberikan...

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menyifatkan pembangkang hari ini sebagai 'paling tidak berguna'...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd