• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

N.Sembilan Gazet 5 Daerah Sebagai Kawasan Pertanian

oleh AK-47
09/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JELEBU – Negeri Sembilan telah menggazetkan lima daerah iaitu Jelebu, Jempol, Kuala Pilah, Tampin dan Rembau sebagai kawasan pertanian, kata Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Datuk Hasim Rusdi.

Beliau berkata ini sebagai langkah kerajaan negeri dalam usaha untuk memastikan bekalan makanan negara sentiasa mencukupi untuk permintaan domestik serta bagi meningkatkan pendapatan masyarakat setempat.

“Daerah Jelebu misalnya mempunyai 145 hektar tanah yang telah pun ditanam dengan pelbagai jenis tanaman serta pokok buah-buahan…dan disebabkan itu jugalah, Jelebu amat terkenal dengan destinasi buah-buahan di Negeri Sembilan kepada orang luar.

“Selain durian, buah-buahan terkenal ialah manggis, mangga serta nanas dan kebanyakan buah ini dieksport sampai ke Singapura,” katanya dalam ucapan pada majlis ‘Moh…makan durian’ anjuran Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Jelebu di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Tan Sri Zainal Dahalan, Anggota Dewan Undangan Negeri Klawang Datuk Yunus Rahmat dan Pengarah LPP negeri Azizan Abdul Hamid.

Hasim berkata durian kini telah menjadi satu fenomena yang sering diperkatakan rakyat di negara ini memandangkan nilai komersilnya kian meningkat saban tahun dan menyeru masyarakat di lima daerah itu supaya menanam durian memandangkan ia kini merupakan sumber kekayaan baharu yang mampu memberi pulangan lumayan.

Katanya durian kini mendapat permintaan tinggi bukan sahaja dalam kalangan rakyat tempatan bahkan di luar negara seperti China dan Singapura.

PPK Jelebu yang memiliki tanah seluas 10 hektar setakat ini mempunyai lebih 600 batang pokok durian pelbagai jenis seperti musang king, 101, D24 dan durian kampung. Ia mampu mengeluarkan hasil sebanyak 12 tan metrik semusim.

Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan juga telah mewartakan dua lagi daerah iaitu Seremban dan Port Dickson sebagai kawasan pembangunan yang termasuk dalam pembangunan Lembah Wawasan Malaysia (MVV) yang meliputi kawasan seluas 153,000 hektar.

“Dalam tempoh 10 tahun lagi, kedua-dua daerah ini akan lebih maju daripada Subang Jaya dan Shah Alam, Selangor. Ini yang kerajaan negeri buat demi manfaat rakyat keseluruhan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Hasim Rusdi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

2 Peniaga Didakwa Guna Identiti Palsu Daftar Kad Sim

Next Post

SESB Tak Akan Ditutup, Kata Timbalan KM Sabah

Related Posts

No Content Available
Next Post

SESB Tak Akan Ditutup, Kata Timbalan KM Sabah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd