• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Murid Sekolah Al-Islahiyah Belajar Tanpa Elektrik

oleh Ahmad Albab
04/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ARAU – Seramai 426 orang murid Tahun Satu hingga Tahun Enam Sekolah Agama Al-Islahiyah (Rendah) Bohor Mali, Simpang Empat, di sini terpaksa belajar dalam keadaan panas dan kurang selesa disebabkan bangunan sekolah tersebut tiada bekalan elektrik.

Menurut Timbalan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan, Ustaz Alias Abdul Rahman kebakaran papan suis utama pada 11 Oktober tahun lepas menyebabkan seluruh bekalan elektrik sekolah terputus.

“Oleh kerana sekolah ini sekolah bantuan kerajaan, kami membuat permohonan bertulis kepada Jabatan Pendidikan Negeri Perlis untuk memohon bantuan membuat pendawaian semula dan laporan juga dihantar kepada Jabatan Kerja Raya Perlis pada awal November lepas,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata walaupun keseluruhan satu blok bangunan tiga tingkat sekolah itu tiada bekalan elektrik, ibu bapa murid mahu sesi persekolahan 2018 diteruskan apabila dibuka Isnin lepas.

“Buat masa ini operasi pejabat dilakukan di kantin dan dikongsi oleh guru-guru (sebagai bilik guru sementara),” katanya.

Alias berkata pihaknya akan menemui Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Perlis Datuk Khairi Hasan bagi mendapatkan bantuan. – BERNAMA

Tags: Bekalan Elektrik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Banjir: TNB Nafi Putuskan Bekalan Elektrik Di Alor Setar

Banjir: TNB Nafi Putuskan Bekalan Elektrik Di Alor Setar

30/11/2024
0

ALOR SETAR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) menafikan dakwaan akan memutuskan bekalan elektrik dari Anak Bukit ke Kepala Batas, Kubang Pasu...

Sabah Ambil Alih Kuasa Kawal Selia Elektrik Selepas Sidang Khas DUN

Sabah Ambil Alih Kuasa Kawal Selia Elektrik Selepas Sidang Khas DUN

12/06/2023
0

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah dijadual mengambil alih kuasa kawal selia bekalan elektrik daripada Kerajaan Persekutuan selepas persidangan khas Dewan Undangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd