• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mualaf Tak Mudah Islamkan Anak Bila Pakatan Perintah?

oleh AK-47
09/01/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tiada ibu atau bapa mualaf boleh membawa anak mereka memeluk agama Islam tanpa persetujuan pasangan yang masih menganuti agama lain jika Pakatan Harapan berjaya memerintah negara ini selepas menang Pilihan Raya Umum Ke-14.

Setiausaha Publisiti Wanita DAP yang juga Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto yang membayangkan perkara itu mendakwa sehingga kini masih ada wanita (bukan beragama Islam) dipisahkan daripada anak mereka oleh suami (yang memeluk agama Islam)

“Cukuplah menghina Pakatan Harapan. Jangan lupa bahawa Indira Gandhi dan banyak ibu dan bapa di Malaysia masih menjadi mangsa ketidakadilan, kuasa dan fanatik agama oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Adakah takut kehilangan sokongan kumpulan berhaluan kanan jika berusaha memastikan pindaan yang betul kepada undang-undang iaitu kedua-dua ibu bapa perlu memberi persetujuan, tiada ibu atau bapa boleh menukar kanak-kanak kepada Islam?” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beberapa tahun lalu, mualaf Muhammad Riduan Abdullah yang asalnya bernama K.Patmanathan menukarkan agama tiga anaknya selepas dia memeluk agama Islam.

Sijil penukaran agama kanak-kanak itu dibatalkan Mahkamah Tinggi Sivil Ipoh pada 25 Julai 2013 selepas Hakim Lee Swee Seng mengekalkan keputusan bahawa sijil pertukaran agama tiga kanak-kanak, Tevi Darsiny, Karan Dinish dan Prasana Diksa sevagau tidak sah kerana tanpa pengetahuan atau izin isterinya, Indira Gandhi.

Mahkamah Rayuan pada 2015 bagaimanapun mengesahkan penukaran agama tiga kanak-kanak itu oleh bapa mereka. Mahkamah Rayuan dalam keputusan majoriti mengekalkan kesahihan penukaran agama tiga anak oleh bapa Muslim hanya boleh ditentukan Mahkamah Syariah. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Kasthuri Patto
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd