• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Minyak Masak, Tepung Gandum Sering Diseludup

oleh Ahmad Albab
11/01/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Permintaan tinggi terhadap minyak masak dan tepung gandum bersubsidi Malaysia menyebabkan pihak tertentu sanggup menyeludupnya ke negara jiran, walaupun denda bagi kesalahan tersebut dikategorikan tinggi.

Terbaharu, Agensi Kawalan Sempadan (AKSEM) Perlis merampas kira-kira 1,970 kilogram (kg) minyak masak bernilai lebih RM5,000 dan 240 kg tepung gandum bernilai RM573 daripada sebuah lori tiga tan tempatan serta tiga lori pikap Thailand di Wang Kelian, petang semalam.

Pengarah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perlis Khairul Amin Talib berkata pasukan AKSEM menahan kesemua kenderaan tersebut di Pos Kawalan, dua kilometer dari pintu sempadan WangKelian/Wang Prachan di sebelah Thailand antara 5 hingga 5.30 petang.

“Sebuah lori yang dipandu seorang lelaki tiba di pos tersebut kira-kira 5 petang ditahan setelah pemeriksaan menemukan 1700 paket minyak masak seberat 1700 kilogram bernilai lebih RM4,250 ditimbun dengan bawang supaya tidak dilihat pihak berkuasa yang memeriksa,” katanya kepada media di sini, hari ini.

Beliau berkata selepas itu pasukan AKSEM menemukan sejumlah 270 paket minyak masak seberat 270 kg bernilai RM761 dan 240 paket tepung gandung seberat 240 kg bernilai RM573 dari tiga pikap yang diperiksa, masing-masing dipandu rakyat Thailand.

Khairul Amin berkata kesemua empat pemandu berumur 30-an itu tidak dapat mengemukakan dokumen kebenaran eksport menyebabkan muatan dan kenderaan mereka, dianggarkan bernilai RM160,000 ditahan dan diserahkan kepada KPDNKK untuk tindakan lanjut.

“Kami yakin penyeludupan ke negara jiran ini membabitkan individu lain walaupun kesemua empat kes ini tidak berkait satu sama lain. Kami juga percaya pemandu kenderaan terlibat hanya mengambil upah kerana harga komoditi tersebut di Thailand lebih tinggi,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 22(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 yang memperuntukkan denda maksimun RM1 juta atau penjara hingga 3 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Beliau berkata bekalan minyak masak untuk keperluan rakyat Perlis pada masa ini adalah mencukupi dan tidak timbul masalah kekurangan bekalan. – BERNAMA

Tags: AKSEMMinyak Masak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Belum Rancang Salur Subsidi Minyak Masak Peket Guna MyKad

Kerajaan Belum Rancang Salur Subsidi Minyak Masak Peket Guna MyKad

17/02/2025
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan belum merancang untuk menukar subsidi minyak masak peket kepada bayaran tunai melalui MyKad kepada rakyat setakat...

‘Kecut Perut’ Dikejar Penguat Kuasa, Penyeludup Tinggal Kereta Berisi Minyak Masak

‘Kecut Perut’ Dikejar Penguat Kuasa, Penyeludup Tinggal Kereta Berisi Minyak Masak

26/10/2024
0

TUMPAT : Pemandu sebuah kereta disyaki penyeludup lari meninggalkan kenderaan membawa muatan 850 kilogram (kg) minyak masak bersubsidi untuk mengelak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd