• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mesyuarat Pertama Majlis Tindakan Sara Hidup Negara

oleh Ahmad Albab
22/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Majlis Tindakan Sara Hidup Negara, yang penubuhannya diumumkan pada Perhimpunan Agung UMNO 2017 Disember lepas, akan mengadakan mesyuarat pertamanya pada Februari ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata majlis itu merangkumi lima kluster iaitu perumahan, makanan dan minuman, utiliti, pengangkutan dan pendidikan.

Katanya majlis itu akan dianggotai wakil badan bukan kerajaan (NGO) dan cendekiawan yang mempunyai kepakaran dalam setiap kluster terbabit bagi memastikan keputusan yang dibuat memberi impak jangka panjang.

“Kita hanya akan bermesyuarat selepas semua anggota setiap kluster menerima surat pelantikan masing-masing. Mesyuarat diadakan mengikut pengerusi setiap kluster yang akan diumumkan kelak,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Amanat Tahun Baharu kepada kakitangan kementerian itu di sini, hari ini.

Terdahulu dalam ucapannya, Hamzah berkata selain menangani kos sara hidup, majlis itu juga memberi fokus kepada aspek pendidikan sejak peringkat sekolah bagi memastikan rakyat tahu mengenai tanggungjawab, etika dan hak pengguna.

Mengenai Jualan Sentuhan Rakyat, beliau berkata program itu diadakan di hampir 30 lokasi di seluruh negara hasil inisiatif para pemimpin tempatan dengan kerjasama kementerian.

Susulan sambutan baik diberikan penduduk setempat, katanya, kementerian akan terus memberi sokongan kepada pemimpin tempatan yang berhasrat mengadakan program jualan itu.

“Kalau mereka hendak kita bawa pemborong untuk jual terus kepada penduduk kawasan masing-masing, kita akan bantu.

“Ada yang buat dalam bentuk karnival dan ada juga buat jualan di lokasi tetap. Jadi, terpulang kepada mereka (pemimpin) untuk mengadakan jualan mengikut acuan mereka sendiri,” katanya.

Mengenai harga barangan keperluan yang dijual, Hamzah berkata kementerian tidak menetapkan sebarang peratusan tetapi ia dijual lebih murah daripada harga pasaran mengikut jenis barangan.

“Contohnya, jika di kawasan itu harga ayam RM7 sekilogram, akan dijual sekurang-kurangnya RM6 sekilogram. Ada barang yang kadar penurunan harganya kecil dan ada juga yang besar,” jelasnya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Hamzah Zainudinsara hidup
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Projek MyTransit Fasa Pertama Mula Dibina Februari

Next Post

Sabah Dapat Peruntukan Besar Untuk Pendidikan

Related Posts

Hamzah Nafi Dakwaan Azmin, Tetap Balik Larut

06/05/2018
0

LARUT - Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Larut Datuk Seri Hamzah Zainudin hari ini menyelar Menteri Besar Selangor Datuk Seri...

Sokong Kerajaan Berhemah Demi Negara

20/04/2018
0

BATU KURAU – Rakyat diminta memberi sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), yang terbukti...

Next Post

Sabah Dapat Peruntukan Besar Untuk Pendidikan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd