• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mengaku Polis Singapura Ditahan Miliki Pistol Tiruan

oleh Ahmad Albab
24/01/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KANGSAR – Polis menahan seorang lelaki yang mengaku anggota polis Singapura di sebuah kafe di Jalan Bercham di sini malam tadi kerana memiliki sepucuk pistol tiruan dan sepasang gari.

Ketua Polis Perak Datuk Hasnan Hassan berkata lelaki itu yang dipercayai warga tempatan berusia 47 tahun ditahan kira-kira 7.30 malam.

“Kita akan berhubung dengan pihak berkuasa Singapura hari ini bagi mengetahui benar atau tidak suspek adalah penguat kuasa di negara itu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kontinjen Perak di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar, di sini hari ini.

Bernama difahamkan suspek ditahan hasil maklumat awam.

Difahamkan suspek juga bertindak agresif terhadap polis selain berlaku pergelutan antara suspek dan pihak berkuasa semasa ditahan.

“Pistol tiruan dan gari tersebut ditemukan diselit pada tali pinggang suspek,” kata Hasnan.

Mengulas perkembangan lain, beliau berkata seramai 8,500 pegawai dan anggota polis Perak akan ditugaskan sepanjang pilihan raya umum ke-14.

“Setakat ini kita meletakkan semua kawasan sebagai ‘hotspot’ sehingga Parlimen dibubarkan dan selepas itu baru kita boleh kenal pasti ‘hotspot sebenar’,” katanya.

Beliau juga berkata kontinjen Perak akan mengadakan satu lagi latihan bagi menghadapi pilihan raya umum itu pada bulan depan selepas latihan pertama pada 15 Dis lalu. – BERNAMA

Tags: lelakiPistol Tiruan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

28/02/2026
0

BUKIT KAYU HITAM: Dua lagi lelaki ditahan polis malam tadi bagi membantu siasatan kes tembakan terhadap kenderaan dipandu Komander Agensi...

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

11/02/2026
0

MELAKA: Lelaki yang mendakwa kanak-kanak perempuan dibawanya untuk mengemis dengan memakai kostum Spiderman sebagai anak saudara adalah tidak benar selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd