• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Membina Aktivis Kemanusiaan Acuan Jiwa IRM

oleh Ahmad Albab
14/01/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SESUAI dengan empat belas tahun penubuhannya sejak 2004, Islamic Relief Malaysia (IRM), kekal menfokus usaha melahirkan tenaga aktivis kemanusiaan yang mapan dan relevan dengan persekitaran dunia yang semakin mencabar.

Menyediakan barisan tenaga aktivis yang menjadikan kerja kemanusiaan sebagai kerjaya bermaruah tinggi adalah keutamaan IRM. Selain memastikan elemen kekuatan minda dan kekayaan jiwa menjadi teras utama dalam pakej identiti aktivisnya.

“Saya sentiasa yakin dan percaya, bahawa faktor modal insan merupakan aset utama dan kekuatan termahal dalam menentukan kejayaan prestasi IRM,” kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) IRM, Zairulshahfuddin Zainal Abidin.

Ketika menggariskan misi CEO IRM 2018, Zairulshahfuddin menegaskan, penjawat IRM mempunyai pilihan kerja lain yang lebih baik, serta bergaji lebih lumayan, namun mereka telah memilih kerjaya di bidang misi kemanusiaan.

“Anda semua menolak kerjaya lebih glamor dengan pejabat yang lebih hebat, sebaliknya memilih IRM. Ertinya minda dan suara hati mereka mengutamakan perjuangan ke arah kemanusiaan,” katanya ketika membentangkan Pelan IRM 2018 kepada penjawat IRM.

Katanya, ada dua perkara yang perlu dijadikan keutamaan dalam menyediakan tenaga sumber kemanusiaan IRM. Pertama memastikan etika bersikap amanah dan pemikiran positif satu keutamaan melebihi sekadar kejayaan akademik.

Kedua pula katanya, tiada guna memiliki aktivis yang hebat dalam akademik tetapi tidak berintergriti dalam melaksanakan amanah, serta bersikap negatif ketika bekerja.

Bagi memastikan IRM kekal mapan dan pelan misi kemanusiaannya di seluruh dunia mampu dilaksanakan dengan sukses, Zairulshahfuddin mengingatkan, akar utama dalam mengukuhkan IRM sebagai sebatang pokok kemanusiaan, ialah sikap dan personaliti penjawat IRM harus sentiasa berada pada tahap tertinggi.

“Akar tidak dapat dilihat secara fizikal, tetapi, semakin dalam akar tersebut mencengkam ke dalam bumi, semakin kuat dan teguhlah batang pokok tersebut,” katanya.

IRM memiliki pelbagai projek domestik jangka panjang kemanusiaan di Afrika terutama di kawasan bencana kebuluran termasuk Somalia, Ethiopia, Kenya, Chad, Mali dan Niger. Selain itu IRM memiliki program jangka panjang dalam membantu pembangunan ekonomi dan pendidikan masyarakat Islam miskin di Bangladesh dan Sri Lanka.

IRM juga memiliki program bantuan pendidikan jangka panjang di Gaza, Palestin dan memberikan fokus utama kepada kebajikan pelarian Syria di Turki. Selain itu, nasib pelarian Rohingya turut menjadi titik sasaran program kemanusiaan IRM.

Bagi yang mahu menyokong misi kemanusiaan IRM, anda boleh menderma kepada pelbagai tabung kemanusiaan yang diwujudkan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: IRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

3 Petugas IRM Bantu Mangsa Tsunami Banten

26/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Tiga petugas Islamic Relief Malaysia (IRM) berganding bahu bersama rakan sepasukan, Islamic Relief Indonesia (IR Indonesia) dan...

IRM Rai Maal Hijrah Dengan Ingatan Nasib Ummah

24/09/2017
0

REALITI data Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) yang menunjukkan 200 juta penduduk dunia beragama Islam kini hidup berdepan dengan pelbagai krisis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd