• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mayat Kanak-Kanak Lemas Di Sungai Belat Ditemukan

oleh AK-47
23/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Mayat seorang kanak-kanak lelaki yang dilaporkan terjatuh ke dalam Sungai Belat di Kampung Jaya Gading di sini, ketika memancing bersama tiga lagi rakannya Sabtu lepas, ditemukan pada 11.20 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohamad Noor Yusof Ali berkata mayat Mohamad Danish Haikal Semar, 11, ditemukan terapung oleh anggota keselamatan yang menyertai gerakan mencari dan menyelamat (SAR) yang diwujudkan selepas mangsa dilaporkan terjatuh pada pukul 2.20 petang.

Beliau berkata mayat mangsa dijumpai kira-kira dua kilometer dari tempat dia dikatakan terjatuh selepas tunggul kayu yang dijadikan tempat duduk untuk memancing patah.

“Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jaya Gading petang ini,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohamad Danish Haikal yang merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan Jaya Gading di sini, dilaporkan lemas semasa memancing bersama-sama tiga rakannya dan gagal diselamatkan walaupun seorang awam yang melihat kejadian dapat mencapai mangsa.

Ibu mangsa Nazira Mohd Yusof, 41, sebelum ini mengesahkan anak keempat daripada lima beradik itu tidak pandai berenang walaupun sering memancing di sungai yang terletak di belakang rumahnya.

Mohamad Noor menambah operasi SAR melibatkan 104 pegawai dan anggota pelbagai agensi termasuk polis, pasukan selam polis marin, bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan orang awam daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Katanya, operasi mencari mangsa pada hari kedua semalam, berhadapan dengan kesukaran ekoran paras air sungai yang tinggi akibat hujan selain keadaan dasar sungai yang mempunyai banyak halangan seperti tunggul kayu.

“Kita berharap masyarakat terutamanya yang tinggal berhampiran dengan kawasan sungai untuk mengawasi anak-anak supaya tidak melakukan aktiviti yang berisiko mendatangkan bahaya,” katanya.

Sementara itu, bapa mangsa, Semar Osman, 46, bersyukur apabila mayat anaknya ditemukan.

“Saya bersyukur anak dijumpai kerana sejak kejadian itu, saya sering terbayang-bayang dirinya… walaupun reda, sukar untuk terima dia sudah tiada,” katanya.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Manis, Datuk Khairuddin Mahmud berkata pihaknya akan membantu menguruskan urusan pegebumian arwah bagi meringankan beban kewangan bapa mangsa yang bekerja sendiri. – BERNAMA

Tags: lemasMayat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Terjatuh Di Empangan Sultan Azlan Shah Ditemui Meninggal Dunia

Lelaki Terjatuh Di Empangan Sultan Azlan Shah Ditemui Meninggal Dunia

05/03/2026
0

IPOH – Misteri kehilangan seorang lelaki selepas dipercayai terjatuh di Empangan Sultan Azlan Shah pada 27 Februari lalu akhirnya terungkai...

Hero Lemas Selepas Menyelamatkan Orang Lain

Hero Lemas Selepas Menyelamatkan Orang Lain

12/01/2026
0

Tragedi Di Sungai Kedondong Jadi Amaran Keras Kepada Orang Awam IPOH – Seorang lelaki berbangsa India berusia lingkungan 20-an disahkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd