MOSCOW mengalami keadaan paling gelap pada bulan Disember lalu dengan matahari yang memancar pada bulan itu direkodkan hanya enam minit.
Ibu kota Rusia itu secara purata mendapat cahaya matahari selama sejam setiap hari pada setiap bulan Disember namun keadaan itu berbeza pada 2017.
Stesen meteorologi di Moscow State University melaporkan sepanjang Disember lalu, matahari hanya muncul untuk enam ke tujuh minit sahaja.
Keadaan ini menjadikan Disember 2017 sebagai bulan paling gelap.
Pada Disember 2000, matahari hanya muncul tiga jam. Laporan itu dikeluarkan ketika cuaca di Rusia menurun ke paras terendah.
Negara itu mempunyai beberapa tempat yang paling sejuk di dunia.
Cuaca di kawasan yang kaya dengan berlian iaitu Yakutia telah mencatatkan suhu sejuk melampau iaitu -67c.
Keadaan itu memaksa sekolah ditutup. Polis juga telah mengarahkan ibu bapa supaya tidak membiarkan anak mereka keluar rumah.
Malah minggu lepas, dua lelaki meninggal dunia selepas beku ketika cuba berjalan ke sebuah ladang berhampiran selepas kereta mereka rosak.
Tiga lagi lelaki yang bersama mereka terselamat kerana memakai baju panas.
Manakala dikampung Oymyakon, bulu mata juga menjadi beku sebaik sahaja melangkah keluar rumah. Ia sangat sejuk hinggakan termometer elektronik menjadi retak. – MYNEWSHUB.CC