• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Kaji Semula Beli Barangan EU Susulan Sekatan

oleh Ahmad Albab
29/01/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN DATUK – Kerajaan akan mengkaji semula pembelian barangan daripada negara-negara anggota Kesatuan Eropah (EU) susulan cadangan blok ekonomi dan politik itu mengharamkan biobahan api berasaskan minyak sawit menjelang 2020, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Kabinet minggu lalu yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Sesebuah negara yang kita import peralatan perdagangannya, jika mereka mengambil keputusan memboikot minyak kelapa sawit, maka kerajaan kita juga akan menghentikan pembelian dari negara berkenaan.

“Mereka melakukan pelbagai usaha pemasaran supaya kita membeli barangan mereka, tetapi barangan kita (mereka) tidak mahu beli. Malaysia bukanlah negara yang boleh diperkotak-katikkan,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Hello Komoditi Bagan Datuk di sini, semalam.

Menurut Ahmad Zahid, jika diluluskan EU, cadangan itu boleh menjejaskan pendapatan kira-kira 500,000 pekebun kecil sawit di seluruh negara.

Malah, tegas beliau, keputusan itu boleh dianggap satu diskriminasi yang menjejaskan permintaan terhadap minyak sawit sebagai antara penyumbang eksport produk berasaskan komoditi terbesar dengan nilai RM71.5 bilion pada tahun lepas.

Timbalan Perdana Menteri turut memberi jaminan bahawa kerajaan akan mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk memastikan masa depan sektor minyak sawit Malaysia terpelihara.

“Sektor komoditi minyak sawit merupakan tulang belakang utama yang mana sektor ini bukan sahaja menyumbang dari segi meningkatkan pendapatan negara, bahkan merupakan salah satu kegiatan ekonomi rakyat.

“Kerajaan telah memberi perhatian khusus kepada kemajuan sektor pekebun kecil sawit supaya pengeluaran hasil serta produktiviti buah sawit yang berkualiti dapat ditingkatkan dan seterusnya menambah pendapatan pekebun kecil,” katanya.

Beliau mengulas resolusi Parlimen EU pada 17 Januari lepas menerusi Arahan Tenaga Boleh Diperbaharui yang mensyaratkan hanya minyak sawit dihasilkan secara lestari boleh diimport ke pasaran negara anggota blok itu selepas 2020. – BERNAMA

Tags: minyak sawit
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Perkukuh Dagangan Di China, Sasar Peluang Baharu Pasaran Minyak Sawit

Malaysia Perkukuh Dagangan Di China, Sasar Peluang Baharu Pasaran Minyak Sawit

18/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Malaysia sedang mengukuhkan hubungan perdagangan strategiknya dengan China menerusi lawatan rasmi selama seminggu diketuai Timbalan Menteri Perladangan dan...

Mangsa Banjir Di Sarawak Meningkat Kepada 418 Orang

EU Dijangka Iktiraf Minyak Sawit Mampan Malaysia

17/02/2024
1

Kuching: Industri sawit negara dijangka menerima khabar positif berhubung Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) daripada Kesatuan Eropah (EU) tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd