• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Majikan Digesa Sedia Persekitaran Kerja Selamat

oleh Ahmad Albab
06/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (NIOSH) hari ini menggesa majikan untuk menunjukkan komitmen mereka terhadap keselamatan dan kesihatan pekerjaan, yang mana tanggungjawab keseluruhan dalam menyediakan persekitaran kerja yang sihat dan selamat terletak pada bahu mereka.

Pengerusi NIOSH Tan Sri Lee Lam Thye berkata ini boleh dilakukan dengan mewujudkan dan mengekalkan budaya keselamatan dan kesihatan yang menangani prinsip pencegahan, identifikasi bahaya, penilaian dan kawalan risiko serta maklumat dan latihan.

Beliau berkata pekerja, sebaliknya, mempunyai peranan untuk bekerjasama dengan majikan mereka dalam melaksanakan program keselamatan dan kesihatan pekerjaan kerana sudah tiba masanya majikan dan pekerja memberi komitmen sepenuhnya terhadap keselamatan di tempat kerja.

“Mereka harus mematuhi prosedur dan arahan lain yang direka untuk melindungi mereka dan orang lain yang berada di tempat kerja daripada terdedah kepada bahaya pekerjaan…ia harus ditekankan dan tidak ada kompromi.

“Semua kemalangan dan penyakit berkaitan pekerjaan boleh dicegah sekiranya mempunyai pandangan jauh, perancangan, organisasi dan komitmen untuk mengenal pasti bahaya, menilai risiko dan mengambil tindakan sebelum kemalangan terjadi atau menghidapi penyakit,” katanya dalam kenyataan.

Lee berkata hakikat bahawa kejadian tanah runtuh sering berlaku berikutan kegagalan menjadikan budaya penyelenggaraan dan keselamatan sebagai satu gaya hidup.

“Apabila bangunan runtuh atau alam sekitar tercemar atau kematian berlaku di tempat kerja, kita bertanggungjawab, kita tidak boleh menyalahkan sifat atau alatan kerja…kita perlu sedar bahawa sebarang tindakan yang menyebabkan degradasi atau kemusnahan alam sekitar akan membawa kesan buruk,” katanya.

Lee berkata kemalangan maut yang sering berlaku di jalan raya dan lebuh raya melibatkan pengangkutan awam dan kenderaan persendirian juga menunjukkan lebih banyak langkah perlu dilakukan untuk meningkatkan keselamatan di jalan raya dan sikap pengguna.

Beliau berkata sejak bertahun-tahun, kerajaan telah membelanjakan berbilion ringgit untuk pembangunan tetapi apa yang dikesali ialah kekurangan penyelenggaraan.

“Ini perlu diperbetulkan dan setiap usaha mesti dilakukan untuk menyemai budaya penyelengaraan dan keselamatan…dan mereka yang bertanggungjawab sepatutnya tidak mengelak daripada melakukan tugasan mereka,” katanya. – BERNAMA

Tags: Lee Lam ThyeNIOSH
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Keluarga Lega Nelayan Bakal Dibebaskan

Next Post

Lagi Foto Bekas PM Thai Di London Cetus Misteri

Related Posts

Serah Senarai Kabinet Kepada SPRM, Polis Langkah Tepat

09/03/2020
0

SHAH ALAM - Inisiatif Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan senarai anggota Kabinet untuk tapisan Polis Diraja Malaysia (Polis)...

Segera Naikkan Gaji PDRM

11/06/2019
0

KUALA LUMPUR - Cadangan dan pelaksanaan bagi menambah baik gaji, logistik dan keperluan anggota polis terutama yang berpangkat rendah perlu...

Next Post

Lagi Foto Bekas PM Thai Di London Cetus Misteri

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd