• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Tegur Peguam Kes Genneva Fail Semakan

oleh AK-47
04/01/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Seorang hakim Mahkamah Rayuan hari ini menegur peguam mewakili seorang daripada empat bekas pengarah syarikat pelaburan jongkong emas, Genneva Sdn Bhd (GSB) kerana memfailkan semakan terhadap prosiding kes itu yang berjalan sekarang.

Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki yang mempengerusikan panel tiga hakim itu berkata panel dimaklumkan bahawa semakan terhadap sabitan telah difailkan oleh seorang peguam dan kes itu belum selesai.

“Mengapa anda tidak boleh tunggu, ini satu penghinaan, Saya berpendapat sedemikian,” kata hakim Mohtarudin yang bersidang bersama-sama hakim Datuk Seri Zakaria Sam dan Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil.

Di luar mahkamah, peguam Datuk Harpal Singh Grewal mewakili Chin Wai Leong, 41, berkata beliau memfailkan semakan terhadap sabitan pada Selasa lepas.

Pada 12 Dis, 2017, mahkamah mendapati kempat-empat bekas pengarah GSB dan syarikat tersebut bersalah atas 293 pertuduhan pengubahan wang haram dan lima pertuduhan menerima deposit tanpa lesen melibatkan urus niaga bernilai lebih RM100 juta dan menetapkan hari ini untuk mendengar penghujahan dan menjatuhi hukuman.

Haim Mohtarudin berkata mahkamah sebulat suara mendapati pihak pendakwaan selaku perayu dalam kes ini telah berjaya membuktikan pertuduhan yang dihadapi kesemua responden – Ng Poh Weng, 67, Marcus Yee Yuen Seng, 65, Chin Wai Leong, 41, dan Liew Chee Wah, 63, melampaui keraguan munasabah.

Bagaimanapun, pada prosiding har ini mahkamah menangguhkan kes sehingga 11 Jan bagi penghujahan dan menjatuhi hukuman kerana Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah selaku peguam utama bagi Chin, tidak hadir.

Peguam Sarah Abishegam memberitahu panel bahawa Muhammad Shafee tidak dapat hadir hari ini kerana beliau hanya dapat hadir di mahkamah esok dan memohon penangguhan.

Kempat-empat responden dituduh bersama atas 293 pertuduhan pengubahan wang haram. Mereka dan syarikat berkenaan juga dituduh secara berasingan atas lima pertuduhan menerima deposit tanpa lesen.

Pihak pendakwaan merayu terhadap keputusan membebaskan mereka terhadap daripada pertuduhan.

Pada 20 Sept, 2016, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen membebas dan melepaskan kesemua mereka selepas mendapati syarikat pelaburan itu hanya menjalankan aktiviti jual beli emas secara fizikal dan tiada bukti bahawa syarikat tersebut mengambil deposit tanpa lesen.

Pada 16 Mei, 2013, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur membebas dan melepaskan keempat-empat individu terbabit selepas mendapati keterangan pembelaan mereka berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pihak pendakwaan.

Mereka dituduh melakukan kesalahan pengubahan wang haram di Menara Public Bank, 146, Jalan Ampang di Kuala Lumpur antara Julai 2008 dan Jun 2009.

Mereka juga menghadapi pertuduhan menerima deposit daripada orang awam tanpa lesen yang sah di premis syarikat di Jalan Kuchai Maju 6, Persimpangan Jalan Kuchai Lama di Kuala Lumpur, antara Nov 2008 dan Julai 2009. – BERNAMA

Tags: Kes Genneva
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

“Apa Guna Bertudung Tapi Tak Solat?” – Ameera Khan

Next Post

Rakyat Malaysia Di Iran Dinasihati Berhati-Hati

Related Posts

No Content Available
Next Post

Rakyat Malaysia Di Iran Dinasihati Berhati-Hati

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd