• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Ketepi Perintah Haram Buku Faisal Tehrani

oleh AK-47
11/01/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA — Mahkamah Rayuan hari ini mengetepikan perintah pengharaman Kementerian Dalam Negeri terhadap empat buku tulisan novelis Mohd Faizal Musa, 43, yang menggunakan nama pena Faisal Tehrani.

Panel hakim tiga anggota terdiri daripada Datuk Tengku Maimun Tuan Mat, Datuk Ahmadi Asnawi dan Puan Sri Zaleha Yusof mendapati perintah dikeluarkan pada 12 Februari 2015 itu bercanggah dengan Seksyen 7 (1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Ketika menyampaikan penghakiman itu, Zaleha berkata perintah pengharaman buku berkenaan menyekat hak asasi Mohd Faisal dari segi perlembagaan berhubung kebebasan bersuara.

“Walaupun diakui bahawa hak itu tidak bersifat mutlak, tetapi kami bersetuju dengan yang arif peguam bagi perayu (Mohd Faizal) bahawa mahkamah bagaimanapun perlu memberi keutamaan terhadap perkara itu,” katanya.

Beliau berkata sekiranya muka surat tertentu dalam empat buku berkenaan didapati melanggar Seksyen 7 (1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, Akta itu membenarkan muka surat berkenaan dikeluarkan.

“Oleh demikian, pada pendapat kami, sekatan yang dikenakan terhadap kesemua empat buku berkenaan, merupakan langkah yang sangat drastik, tidak rasional, tidak munasabah, tidak sepadan dan tidak sesuai dari segi prosedur.”

Panel dipengerusikan Tengku Maimun itu sebulat suara membenarkan rayuan Mohd Faizal bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan semakan kehakimannya, yang difailkan pada 29 Jun 2015 bagi mencabar perintah pengharaman berkenaan.

Zaleha mengeluarkan perintah certiorari bagi mengetepikan perintah Kementerian Dalam Negeri dan perisytiharan bahawa perintah pengharaman itu adalah tidak sah dan terbatal, di luar bidang kuasa Seksyen 7 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, menyalahi Perkara 8 (1) (kesamarataan di sisi undang-undang) dan Perkara 10 (1) (a) (hak terhadap kebebasan bersuara dan memberi pendapat) Perlembagaan Persekutuan.

Beliau juga memerintahkan Mohd Faizal dibayar kos RM20,000.

Dalam penghakiman itu, Zaleha berkata mereka telah membaca empat buku berkenaan dan tidak faham bagaimana buku itu boleh menggugat ketenteraman awam atau menjadi ancaman terhadap keselamatan.

“Sebagai contoh, dalam ‘Tiga Kali Seminggu’, cerpen ‘Rindu Ini Luar Biasa’ mengisahkan tentang dua manusia yang jatuh cinta ketika mereka berjuang untuk memartabatkan penggunaan Bahasa Malaysia dan bagaimana jawatan, status dan kuasa boleh mengubah pendapat manusia,” kata beliau.

Zaleha juga berkata dengan menyatakan Kementerian Dalam Negeri hanya mengikut keputusan Jawatankuasa Fatwa adalah tidak mencukupi untuk membuktikan empat buku berkenaan mungkin boleh memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan kerana keputusan jawatankuasa itu tidak disebut dalam empat buku berkenaan.

Kementerian Dalam Negeri mengharamkan empat buku — ‘Sebongkah Batu di Kuala Berang’, ‘Karbala’, ‘Tiga Kali Seminggu’ dan ‘Ingin Jadi Nasrallah’ – tulisan Mohd Faizal dengan memberi alasan buku itu didapati mengandungi unsur ajaran Syiah dan bercanggah dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Langkah itu mendorong Mohd Faizal memfailkan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi.

Mohd Faizal diwakili peguam Abdullah Abdul Rahman dan Derrick Moh, manakala Peguam Kanan Persekutuan mewakili Menteri Dalam Negeri. – BERNAMA

Tags: bukufaisal tehrani
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Buku Tulisan Nana Menang Buku Umum Terbaik

02/04/2019
0

KUALA LUMPUR - Buku autobiografi tulisan penyanyi, Siti Nordiana Alias yang bertajuk Lifes Goes On telah dinobatkan sebagai Buku Umum...

Haflin Lancar Buku Sulung, Pertama Kali Kongsi Gambar Anak

10/01/2019
0

KUALA LUMPUR - Isteri bekas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz iaitu Datin Seri Haflin Nazri Aziz...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd