• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Batalkan Saman Bekas Ketua Aktivis PPBM

oleh Ahmad Albab
21/01/2018
dalam Jenayah, Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini membatalkan saman yang difailkan bekas ketua aktivis parti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Mohd Anas Sudin terhadap presiden parti itu Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Hakim Nik Hasmat Nik Mohamad membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Muhyiddin untuk membatalkan saman itu atas alasan kes itu remeh, menyalahgunakan proses mahkamah dan tiada sebarang kuasa tindakan.

Hakim membuat keputusan itu di dalam kamarnya dengan dihadiri peguam Rosli Dahlan yang mewakili Muhyiddin selaku defendan dan peguam Hazwan Mohd Nor yang bertindak bagi pihak Mohd Anas sebagai plaintif.

Rosli yang ditemui pemberita selepas prosiding kes itu berkata mahkamah juga memerintahkan Mohd Anas membayar kos sebanyak RM5,000 kepada Muhyiddin.

Mohd Anas memfailkan saman itu terhadap Muhyiddin pada 6 Jun 2017 atas dakwaan telah mengeluarkan kenyataan fitnah pada 6 April 2017 di Lobi Parlimen bahawa beliau telah menjadi anggota PKR sebelum keluar daripada PPBM.

Plaintif mendakwa bahawa tuduhan dan/atau fitnah dalam kenyataan tersebut adalah sama sekali tidak benar, mengaibkan dan berniat jahat untuk menjatuhkan maruah dan peribadi terhadapnya.

Beliau memohon gantirugi teruk, gantirugi teladan dan relif atau perintah lain yang dianggap sesuai oleh mahkamah. – BERNAMA

Tags: PPBMTan Sri Muhyiddin Yassin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Muhyiddin Sahkan Hadir Mesyuarat Putuskan Pengerusi PN Esok

Muhyiddin Sahkan Hadir Mesyuarat Putuskan Pengerusi PN Esok

21/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengesahkan akan menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) yang...

Chong Wei Terkandas Di Paris

PRK KKB: PN Umum Calon Pada 25 April – Muhyiddin

21/04/2024
0

KUALA KUBU BHARU: Perikatan Nasional (PN) akan mengumumkan calonnya bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd